Suspek kes curi di Hospital Likas ditahan


KOTA KINABALU, SABAH - Seorang lelaki yang berusia 32 tahun ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri beg di Hospital Likas, semalam. 

Suspek yang merupakan warga tempatan dan juga penganggur ditahan di Sulaman Central pada jam 4.30 petang hasil maklumat dan kerjasama orang awam melalui media sosial. 

Polis turut merampas sebuah kereta Proton Iriz berwarna hijau yang disewa oleh suspek. Polis juga sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang telah menghilangkan diri. 

Dalam kejadian jam 3.15 petang di bahagian farmasi hospital semalam, perbuatan tiga suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadikan hospital itu sebagai lubuk untuk mencuri barangan milik pesakit. 


Lapor Berita Harian, mangsa berusia 55 tahun pada ketika itu sedang menunggu ubat sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali menegur anaknya bagi mengalihkan perhatian mangsa. Sementara itu, seorang lagi suspek yang duduk di kerusi belakang kemudian mengambil beg mangsa sebelum melarikan diri.

Kes samun di Hospital Likas, Sabah
Dalam hospital spesis ni berani menyamun beg mangsa yang sedang leka melayan anak kecilnya. Lokasi: Hospital Likas Sabah
Posted by The Reporter - MY on Tuesday, 17 January 2017

Mangsa menyedari begnya yang mengandungi Samsung Note 5, pasport antarabangsa, buku ASB, beg tangan jenama Barry Smith dan wang tunai RM30 itu kemudian meminta bantuan pihak hospital untuk melihat rakaman CCTV, sekaligus membongkar kegiatan suspek. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra Muthu berkata, kes disiasatan di bawah Seksyen 360 Kanun Keseksaan. - The Reporter
Suspek kes curi di Hospital Likas ditahan Suspek kes curi di Hospital Likas ditahan Reviewed by Editor on 10:03 AM Rating: 5