'Biar mereka menangis, jangan kita menangis' - Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menziarah keluarga mangsa yang maut dirempuh kereta pagi tadi | Foto - Royal Press Office
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim menasihatkan ibu bapa agar menjaga dan memantau anak masing-masing, lapor Harian Metro

"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah Sultan Ibrahim Iskandar selepas menziarah keluarga kanak-kanak dan remaja yang maut dirempuh kereta dalam kejadian jam 3 pagi tadi di Jalan Lingkaran 2, Mahmoodiah hari ini. 

"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. Biar mereka menangis, jangan kita menangis," titah baginda sebelum meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA). - The Reporter

ARTIKEL BERKAITAN: