Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum


KALIMANTAN, INDONESIA - Seorang wanita berusia 21 tahun maut direbus hidup-hidup dalam kebakaran di tempat tinggalnya, semalam, lapor Kalamanthana.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi di Jalan Negara Muara Teweh, 16 buah rumah termasuk pusat pelacuran dan kelab malam berhampiran hangus dalam kebakaran.

Punca kebakaran tidak diketahui namun saksi menyatakan api muncul dari bahagian depan bilik di bangunan Wisma Primadona.  

Mangsa, Yaya Julia, 21, dan rakan sebiliknya, Riena, tinggal di bilik tengah sebelum itu sedang tidur terdengar jeritan "Api! Api! Api!" pada sekitar jam 1 pagi (waktu Indonesia Barat). 

Tanpa membuang masa, kedua-duanya terus bingkas bangun dan berlari keluar. Mereka cuba keluar melalui pintu depan. Tetapi api semakin marak menyebabkan kedua-duanya beralih ke pintu belakang, namun gagal kerana sebahagian bangunan yang diperbuat daripada kayu itu telah dijilat api. 

Sekitar jam 2.15 pagi, keadaan menjadi semakin teruk dan api terus merebak. Rina nekad menarik tangan Julia untuk terjun dari tingkap dapur. Namun mangsa ketakutan dan ragu-ragu, memilih untuk masuk ke tong drum berisi air yang ada di dapur. 

Rina terpaksa meninggalkan rakannya dan nekad terjun dari tingkap dapur setinggi 4 meter. 


Anggota pemadam api berjaya memadamkan kebakaran sekitar jam 4 pagi. Mayat mangsa yang hanya memakai baju dalam dan seluar dalam ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah masak direbus. 


Difahamkan, mangsa baru saja tinggal di kawasan tersebut dan bekerja sebagai penghibur selepas diajak oleh Rina dengan pendapatan yang agak lumayan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di kampung. - The Reporter
Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum Gadis maut direbus hidup-hidup dalam tong drum Reviewed by Editor on 11:57 AM Rating: 5