'Ini sijil mati saya punya bapa, cikgu boleh tengok sendiri'


14 FEBRUARI 2017

Selasa lalu, seorang pelajar Cina tingkatan satu bertemu dengan saya untuk memohon sebarang jenis bantuan persekolahan atau kewangan. Saya bertanya sebabnya. 

"Saya punya bapa sudah meninggal dunia tahun lepas. Emak saya kerja bawa van sekolah," katanya. 

"Bapa meninggal kerana apa? Sakit ke?" soal saya. 

"Emm, saya tak tahu macam mana mau cakap," kata budak lelaki itu. 

"It's okay. Nanti saya inform jika ada permohonan bantuan dibuka,"

23 FEBRUARI 2017

Tadi, pelajar yang sama datang bertemu dengan saya dengan membawa sijil kematian bapanya. 

"Ini sijil mati saya punya bapa. Cikgu boleh tengok sendiri (kenapa dia mati)," katanya. 

I was speechless when I saw the certificate. The father was only 36 year old when he passed away, leaving his distraught wife and kids behind. And now the family is short of money and asking for help. 

The thing is, bantuan dari kerajaan telah dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setakat ini saya cuma dapat meletakkan nama pelajar ini di dalam senarai layak mendapat makanan percuma ketika waktu rehat. 

Saya benar-benar kasihankan pelajar ini. Mukanya juga nampak kurang ceria berbanding pelajar-pelajar lain. Saya tidak tahu apa beban yang ditanggung dalam hatinya. 

I've already called the mother and explained that I can't promise that her son can get any bantuan. But I promise to do my best to help them. 

Jika ada di antara rakna-rakan Facebook saya yang tahu di mana anak-anak ini boleh memohon untuk bantuan, sila hubungi saya ya. Maklumat yang diberi bukan saja dapat membantu pelajar ini tetapi pelajar-pelajar lain yang memerlukan bantuan juga. 

Kasihan anak-anak yang masih muda ini terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya mereka galas. Jazakallah. 

p/s: saya memegang portfolio Guru Kebajikan di sekolah saya. That's why pelajar-pelajar ini datang berjumpa dengan saya.

24 FEBRUARI 2017


Inilah Puan Ang, ibu kepada pelajar berkenaan. She gave me the permission to share her picture and plight. She was a fulltime housewife before her businessman husband passed away. Her husband in depression for a few years but declined to seek medical assistance.

He was found dead in their car a month before his son sit for UPSR. Selepas suaminya meninggal dunia, beliau terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan dan yang terkini ialah mengambil upah sebagai pemandu kepada anak-anak jiran ke sekolah.

Her income is less than RM2,000 and with that, she has to support her 3 kids, pay housing loan etc.

"Makan macam mana?" soal saya.

"Kalau ada sikit-sikit duit, kita pun makan sikit-sikit saja. Kadang-kadang tak cukup duit, saya pinjam wang atau buat apa-apa kerja. Saya tak tahu nak minta bantuan dekat mana. Saya punya anak pun kasut masih pakai yang tahun lepas punya." katanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan segera kepada Puan Ang dan keluarga. Saya telahpun menyerahkan bantuan tunai RM1,100 kepada beliau sebentar tadi. Anak beliau juga mendapat bantuan wang poket harian RM2 daripada rakan saya.

Puan Ang meminta supaya ucapan terima kasihnya dipanjangkan kepada mereka yang sudi menyumbang bantuan kepadanya.

Jazakallahukhairankathira. Jasa anda semua hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Thank you so much for trusting me to do this. 
'Ini sijil mati saya punya bapa, cikgu boleh tengok sendiri' 'Ini sijil mati saya punya bapa, cikgu boleh tengok sendiri' Reviewed by Editor on 11:13 PM Rating: 5