Jangan marah anak bila berat badan mereka tak naik & terlalu hyperaktif



Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya nak tekankan di sini tentang masalah kanak-kanak yang susah nak naik berat. Ada beberapa ibu bapa yang menghubungi saya dan bertanyakan tentang soalan ini. 

Memang bila kita pergi ke Klinik Kesihatan untuk check up dan mendapati graf berat anak itu tidak naik secukupnya, pasti kena bebel bukan? 

Sebenarnya tubuh manusia ini berbeza-beza. Ada yang tinggi dan ada yang rendah kadar metabolisme (dalam keadaan biasa). Kalau ada penyakit, kadar metabolisme pun akan meningkat. 

Untuk kanak-kanak, bila berat sudah nak naik daripada lahir, perlu periksa semua sistem yang penting seperti jantung, paru-paru (thorough check up) sebab saya selalu jumpa kes masalah penyakit jantung (late diagnosis). Kalau detect cepat, boleh refer cepat kepada paeds cardiology. 

Okay, kalau anak yang dah besar baru ada masalah kenaikan berat badan, perlu dilihat cara pemakanan. Masalahnya apabila selepas enam bulan, anak tidak lagi bergantung kepada susu semata-mata. Mereka perlu makan untuk mendapat kalori yang cukup untuk mencukupkan keperluan tenaga yang semakin bertambah dan kadar metabolisme yang tinggi (tumbesaran dan aktiviti yang semakin lasak). 

Sesetengah doktor dan jururawat mengambil jalan yang singkat dengan menyuruh ibu bapa memberhentikan atau mengurangkan pemberian susu badan dan memberikan susu formula (FM). Ada juga yang menyarankan untuk menukar jenama susu (A to Z) dan ada yang menukar kepada susu high calorie (ada satu jenama FM *Ped...* yang saya cukup anti lebih dari mana-mana susu FM yang lain). 

Bila berikan susu yang berkalori tinggi, ia sebenarnya akan menambahkan masalah di mana anak akan bergantung kepada susu tersebut tanpa berasa lapar. Anak akan kurang selera makan dan tak nak makan. Kalau makan pun, dalam jumlah yang sikit sangat sedangkan makanan amat penting untuk mendapatkan sumber kalori dan semua zat asli dan lebih tinggi kadar penyerapannya. 

Seperti yang kita tahu, susu FM mempunyai digestion period yang lama berbanding susu ibu atau fresh milk menjadikan anak kenyang lebih lama. Malah, segala zat nutrien yang ada semuanya diekstrak dalam makmal dan diproses semula untuk ditambah kepada bancuhan susu yang sudah dijadikan tepung. Tambahan corn syrup dan lain-lain lagi sumber sukrosa yang pastinya sumber zatnya adalah tidak asli. Kalau anak menjadi terlalu hyperaktif, jangan marah anak ye. Kasihan, mereka tidak bersalah. Siapa yang salah sebenarnya? 

Jadi, kalau anak tak naik berat selepas berusia satu tahun, jangan cepat-cepat nak beralih kepada susu FM. Perlu menambah makanan mereka dan teruskan susu badan. 

Kepada yang beri susu FM, tukar kepada fresh milk. Bila mereka cepat rasa lapar, nanti mereka akan demand makanan lebih banyak. Hanya makanan 'meal' yang balance akan membuatkan berat badan anak naik. Bukan dengan menukar susu ye. Menu meal untuk anak berusia satu tahun ke atas sama dengan makanan kita orang dewasa. 

Saya kasihan pada anak-anak yang ada parents yang berikan anak makan bubur seperti bayi lagi selepas usia setahun. Kasihan anak itu. Beri saja mereka makan apa yang kita makan tetapi lenyek-lenyekkanlah makanan itu supaya ia lembik sedikit setiap kali suap mereka. 

Buah-buahan dan sayur juga sangat penting untuk sumber fiber agar mereka tidak sembelit. Air masak sangat penting supaya najis mereka tidak keras. 

Asasnya, makan dulu (tetap waktu) dan susu sebagai 'snack' sahaja bila perlu. Makanan mesti seimbang. Kemudian bila sudah mengamalkan cara sihat ini, kalau badan anak masih kelihatan kurus, carta masih dalam kategori normal, pastikan anak memang aktif dan tiada penyakit lain. Jika anak sihat, belajar pandai, suka explore the world, IG tinggi, then don't worry. Be happy. 
Jangan marah anak bila berat badan mereka tak naik & terlalu hyperaktif Jangan marah anak bila berat badan mereka tak naik & terlalu hyperaktif Reviewed by Editor on 10:16 AM Rating: 5