Lelaki sanggup menyamar jadi perempuan, curi handbag dalam surau


SUBANG JAYA - Seorang lelaki berasal ditahan mencuri sebuah surau pusat beli-belah, viral di media sosial. 

Mohamad Firdaus Abdullah sanggup bersolek dan memakai pakaian menyerupai perempuan Melayu bagi membolehkan dirinya masuk ke dalam surau Sunway sebelum mencuri beg tangan mangsa. 

Dengan wajahnya yang tidak ubah seperti perempuan itu dengan pakaian lengkap dari kaki hingga ke kepala (tudung pucci) termasuk memakai baju dalam wanita, suspek mengambil kesempatan berpura-pura bersembahyang di surau tersebut. 

Bagaimanapun tembelang suspek itu terbongkar apabila perbuatannya mencuri beg tangan mangsa disedari jemaah yang lain dan terus ditahan serta diserahkan kepada pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan untuk tindakan lanjut.






Siasatan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang selama 11 hari dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan curi. Suspek kini ditahan reman hingga Rabu.

Suspek adalah individu yang sama ditahan 8 Oktober 2015 lalu atas kesalahan sama. Suspek ketika itu ditahan di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, lengkap bercelak selain memakai purdah seperti pelancong wanita Asia Barat.

Sementara itu netizen menganggap suspek pandai bersolek, bertudung dan kelihatan seperti Neelofa dan Erra Fazira. - The Reporter
Lelaki sanggup menyamar jadi perempuan, curi handbag dalam surau Lelaki sanggup menyamar jadi perempuan, curi handbag dalam surau Reviewed by Editor on 5:00 PM Rating: 5