Majikan lempar wang kertas ke udara untuk pekerjanya bagi mengalu-alukan mereka kembali bekerja selepas cuti CNY


FOSHAN, CHINA - Video seorang majikan sebuah syarikat melempar sejumlah besar wang kertas ke udara untuk pekerja, viral di media sosial. 

Video tersebut dirakam pada 5 Februari lalu menunjukkan majikan berkenaan melemparkan wang tunai kepada pekerjanya sebagai tanda mengalu-alukan mereka kembali bekerja selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina. 

Sekumpulan pekerja terbabit boleh dilihat menjerit kegembiraan dan berebut mendapatkan wang kertas 100 yuan (RM64) di lobi bangunan syarikat berkenaan. 





Terdahulu pada Disember 2016, majikan sebuah firma seni mempertahankan diri telah membawa 100 kakitanganya bercuti di Maldives sebagai tanda berterima kasih. - The Reporter
Majikan lempar wang kertas ke udara untuk pekerjanya bagi mengalu-alukan mereka kembali bekerja selepas cuti CNY Majikan lempar wang kertas ke udara untuk pekerjanya bagi mengalu-alukan mereka kembali bekerja selepas cuti CNY Reviewed by Editor on 7:15 PM Rating: 5