'Orang luar (Jepun) tolong kutipkan sampah buat aku tergamam & tersentap'



13 Februari 2017, kita dikejutkan dengan kematian lelaki warga Korea Utara, Kim Chol yang dikatakan 'abang' kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang dipercayai dibunuh dengan menggunakan kain beracun oleh pembunuh upahan di KLIA 2. 

Perghh! Dah macam filem Hollywood je dan semestinya kes pembunuhan berprofil tinggi ini akan menarik minat semua pihak media termasuk media antarabangsa, antaranya dari Jepun. 

Bukan kisah pembunuhan yang aku nak ceritakan tetapi gelagat media/orang Jepun yang benar-benar membuatkan aku tersentap dengan disiplin mereka yang begitu menjaga kebersihan walaupun bukan di negara sendiri. 

Biasalah kerja sebagai orang media ini. Bila kau dapat suatu tugasan itu, kau kena 'berkampung' sampai habis. Even makan dan minum kau pun kena buat semuanya di situ sebab bimbang terlepas berita. Jadi, sampah makanan dan minuman memang bersepahlah. 

Dari jam 5 pagi hingga 2 pagi keesokkannya, media sentiasa menanti status mayat Kim Chol di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bila hari semakin lewat, ramai yang sudah beransur pulang untuk berehat. Yelah, esok awal pagi nak kena 'bertapa' lagi di depan bilik mayat. 

Selesai kemas kelengkapan, aku perasan hanya kumpulan media Jepun saja yang tidak terus pulang. Mereka seperti mencari sesuatu dengan memegang plastik. Lama aku perhatikan mereka, manalah tahu kalau ada barang mereka yang hilang ke.

Tetapi rupanya aku tersilap. Mereka sebenarnya sedang mengutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi. 

Segannya aku!

Yelah, orang luar yang tolong kutipkan sampah dan yang membuatkan aku lebih tergamam, semua sampah yang mereka kutip itu mereka bawa naik teksi dan tidak pasti kemana mereka bawa semua sampah itu pergi.

Hebat sungguh disiplin mereka! 

Mati-mati aku ingatkan mereka hanya kumpulkan setempat agar esok senang pekerja pembersihan nak ambil. Ala, macam yang kita selalu buat tu, itupun kalau kita rajin. Hahaha!

Bukan aku nak puji melangit mereka ini tetapi aku 'salute' sebab mereka masih mengamalkan budaya dan disiplin yang tinggi walaupun berada di negara asing. 


Posted by Amirul Sajadi on Thursday, 16 February 2017

Posted by Amirul Sajadi on Thursday, 16 February 2017

Mungkin kita, rakyat Malaysia boleh amalkan amalan mereka ini dan jadikan sebagai contoh. Manalah tahu kita boleh jadi lebih baik dari Jepun dalam isu kebersihan, kan? Hehe! 

p/s: Dalam hal ini, bukan aku kata media tempatan ini buat kotor atau buang sampah merata-rata. Media tempatan pun buang sampah di tempat yang disediakan tetapi apa yang aku cuba sampaikan adalah, sikap orang Jepun yang kita boleh contohi bersama. 
'Orang luar (Jepun) tolong kutipkan sampah buat aku tergamam & tersentap' 'Orang luar (Jepun) tolong kutipkan sampah buat aku tergamam & tersentap' Reviewed by Editor on 9:31 AM Rating: 5