'Saya ingin sangat jejakkan kaki ke sekolah tetapi..'


SAMARAHAN, KUCHING - Viral di media sosial surat seorang kanak-kanak perempuan yang teringin bersekolah, namun impiannya itu terhalang.

Menurut Cikgu Nora Gilbert yang menerima surat tersebut, pihak sekolah terpaksa memberhentikan murid tahun tiga, Nur Fatihah Quraini, kerana tiada Sijil Kelahiran. 

Dalam surat yang ditulis oleh Fatihah itu menyatakan bahawa dia sangat merindui Cikgu Nora. 

"Dah lama saya nak tulis surat ini, akhirnya saya dapat juga mencapai impian ini. Tapi cuma saja saja belum tercapai, impian saya nak sangat sekolah. 

"Saya ingin sangat jejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Moyan Laut. Nak sangat rasa makanan kantin," tulis Fatihah dalam surat tersebut.




Sebelum ini Fatihah pernah bersekolah di SK Moyan Laut dari tahun 2014 hingga September 2016. Namun diberhentikan kerana ketiadaan sijil Kelahiran. 

1 November 2016, pihak sekolah berkenaan juga telah cuba membantu dengan menggesa mana-mana pihak yang berkenaan dapat membantu dan menyegerakan urusan pendaftaran Sijil Kelahiran Fatihah pada 1 November 2016. 


Menurut Ahli Parlimen Kota Samaran, Rubiah Wang, masalah murid berkenaan telah diambil perhatian sejak hujung Disember 2016. 

"Pelajar ini bersama adiknya dilahirkan di Selangor dan tiada rekod kelahiran. Sepatutnya semua proses dibuat di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Selangor. Memandangkan keluarga ini kurang berkemampuan, kita mohon agar proses ini dilaksanakan di Sarawak dan Alhamdulillah ia diluluskan. 

"Pada masa ini JPN Samarahan dengan kerjasama pejabat saya dan Wanita parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sedang memproses permohonan namun agak lambat sebab si ibu kurang maklumat kerana tiada langsung rekod kelahiran anak-anaknya. Saya dan JPN Samarahan akan membantu," katanya. - The Reporter
'Saya ingin sangat jejakkan kaki ke sekolah tetapi..' 'Saya ingin sangat jejakkan kaki ke sekolah tetapi..' Reviewed by Editor on 10:52 AM Rating: 5