Ular sawa mati diserang babi hutan


LAOS - Tindakan seekor ular sawa memasuki tempat tinggal sekumpulan babi hutan dan memakan anak babi kumpulan berkenaan mengundang padah apabila ular itu diserang haiwan berkenaan tanpa henti. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Laos atau Thailand itu, ular sawa yang panjangnya 8 kaki langsung tidak berdaya dan berpeluang untuk melarikan diri kerana telah dikepung 8 ekor babi hutan yang menyerangnya dari setiap sudut. 


Difahamkan sekumpulan babi hutan itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap ular terbabit yang telah menelan anak babi milik salah seekor dari kumpulannya. 

Ular sawa itu digigit bertubi-tubi sehingga sebahagian badannya terkoyak dan cedera sebelum mati. - The Reporter