84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon


KUALA LUMPUR - Statistik yang dikeluarkan oleh Pornhub menunjukkan, ramai wanita Malaysia melayari laman web lucah melalui telefon bimbit, berbanding lelaki, lapor Malay Mail Online

Kira-kira 84% wanita Malaysia melayari laman tersebut melalui telefon bimbit berbanding hanya 66% lelaki yang berbuat demikian. 

Bagi peratusan tertinggi, 91% wanita di Afrika Selatan, diikuti 89% Amerika Syarikat dan 86% Britain. 


Wanita Malaysia berada di tangga ketujuh selepas Pakistan 86%, India 86% dan Mexico 84%. 

Pada 7 Mac lalu, Indonesia pula berada di tangga ke-11 dengan 80%, manakala Thailand tempat ke-13, 79%. 


Data demografi tersebut dipercayai diproses Pornhub, laman web lucah terbesar di internet melalui aplikasi Google Analytics. 

Di serata dunia, 72% pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet. Sehingga bulan lalu, hampir 80% wanita dunia mengakses bahan lucah melalui telefon berbanding hanya 69% lelaki. 

Wanita muda berusia 18-34 tahun antara yang paling ramai melayari laman web perkongsian pornografi itu. - The Reporter
84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon 84% wanita Malaysia layari laman web lucah melalui telefon Reviewed by Editor on 10:19 AM Rating: 5