'Apa salah anak saya sampai cikgu denda dia cuci longkang?'


Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp, lapor OhBulan!

Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang. 

Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang. 


Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab. 

"Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah," kata netizen. 

Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu Dhiya membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah. 



Hasilnya? Mungkin si ibu sedang menanam kepalanya di dalam tanah. Mungkin? - The Reporter
'Apa salah anak saya sampai cikgu denda dia cuci longkang?' 'Apa salah anak saya sampai cikgu denda dia cuci longkang?' Reviewed by Editor on 12:28 PM Rating: 5