Dengki, lelaki kantoi sabotaj kafe mangsa


KOTA BHARU - Baru sebulan lebih beroperasi, namun pemilik kafe ini telah diganggu berkali-kali. Dan baru-baru ini tindakan seorang lelaki merosakkan empat tanaman hiasan di depan premis berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV). 

Pemilik Big Bites Cafe dalam laman Facebooknya mendakwa ada pihak yang cuba mensabotaj perniagaan mereka sedangkan mereka bersaing secara sihat dan tidak mengacau perniagaan pihak lain. 

"Cafe kami walaupun baru sebulan lebih beroperasi, dah bermacam-macam dugaan. Sejak dua minggu lepas, ada beberapa kejadian berlaku pada kedai kami di waktu pagi ketika orang lain sedang tidur lena. 

"Kes kali ini, tanaman hiasan di depan kafe dirosakkan. Bukan murah empat pokok hiasan besar ini," tulisnya. 

"Sudah ada beberapa kes ada pihak yang dengki dengan kami, sabotaj kafe kami, sedangkan kami bersaing secara sihat, tak kacau orang, bisnes orang. 

"Memang nampak maju dan setiap hari kafe penuh, tetapi itu rezeki yang Allah bagi. Kita sama-sama Melayu, kenapalah perlu dengki? 

"Kes sebelum ini ada yang siap guna benda-benda 'mistik' lagi, benda-benda khurafat gini terkeluar dari iman. Na'uzubillah. Tak payahlah dengki. Kita sama-sama mencari rezeki di bumi Allah ini," tulisnya. 


Posted by BIG BITES CAFE on Friday, March 3, 2017

Difahamkan pemilik kafe telah membuat laporan polis dan kini meminta bantuan orang ramai menyebarkan video cctv tersebut agar pelakunya tampil memohon maaf dan membayar ganti rugi. - The Reporter
Dengki, lelaki kantoi sabotaj kafe mangsa Dengki, lelaki kantoi sabotaj kafe mangsa Reviewed by Editor on 12:16 PM Rating: 5