Guru aktif hentam kerajaan, sokong pembangkang diminta berhenti dari perkhidmatan awam


KUALA TERENGGANU - "Jika dia masih lagi guru, kemudianya naik pentas hingga menghentam kerajaan, bagi syarahan, lepas tu ada unsur fitnah dalam tu, saya ingatkanlah elok kalau dia meninggalkan profesion dia," demikian kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, lapor The Malay Mail Online.  

Beliau menasihatkan mana-mana guru yang aktif dalam mempromosikan pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan agar berhenti daripada perkhidmatan. 

"Setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku. 

"Jika dia duduk dalam ni (kerajaan) dan hentam kerajaan, saya rasa tidak sihatlah. Bukan saya kata kita tutup demokrasi tetapi pegawai kerajaan tertakluk kepada perkhidmatan awam, ada pekeliling dan perintah am," katanya. 

Mahdzir berkata, hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dalam pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut. 

"Saya rasa guru bukan menyokong pembangkang tetapi mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerja mereka untuk kerajaan betulkan dan sebagai tindak balas atas rasa tidak puas hati itu, kerajaan akan membuat pemantauan untuk perbaiki. 

"Kerajaan sentiasa berusaha dan saling membantu bersama sokongan guru. Saya nasihatkan agar mereka jangan keterlaluan. Kalau hendak tular pun, fikir dulu," katanya. - The Reporter
Guru aktif hentam kerajaan, sokong pembangkang diminta berhenti dari perkhidmatan awam Guru aktif hentam kerajaan, sokong pembangkang diminta berhenti dari perkhidmatan awam Reviewed by Editor on 11:18 AM Rating: 5