'Itu semua adalah fitnah semata-mata' - Ibu Sofea tampil jelaskan perkara sebenar

20 Mac lalu, individu bernama Asykyn Ab Rahim, mendakwa anak saudara telah terpisah dari abangnya sudah lima tahun selepas lelaki itu bercerai dengan isterinya. Dalam luahannya itu, Asykyn juga mendakwa bekas kakak iparnya itu telah melarikan anak saudaranya ke luar negara dan menyekat mereka dari menghubungi si kecil itu dari pelbagai medium. 

Setelah hampir seminggu, ibu kepada Arianna Sofea, Noor Asyikin Omar, tampil menafikan segala dakwaan Asykyn dan menyatakan dia telah difitnah. 


TERPANGGIL UNTUK MEMBERI PENJELASAN TENTANG PERKARA SEBENAR

Saya bukanlah seorang individu yang suka menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum. Namun selepas satu post yang telah diviralkan di Facebook Asykyn Ab Rahim baru-baru ini (15 Mac 2017), saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar memandangkan terdapat pelbagai kritikan dan komen dari sesetengah pihak tanpa sebarang usul periksa mengenai perkara tersebut. Sesungguhnya, apa yang telah anda baca dan viralkan atas rasa simpati itu adalah FITNAH semata-mata.

DAKWAAN 1

“Lepas balik for cuti, Mama dia nak bawak Sofea ke Adelaide, dia kata dah lengkap rumah semua n tak perlu risau. Masa tu kami mintak, biarlah lepas kami sbgai maksu dia kahwin dulu on Nov 2012, akad nikah n setel both sides, baru bawak sofea, sebab achoo sgt rapat dgn sofea ! Granted. Mama dia kata ok. Lepas setel majlis kawin kami, end of Nov 12, mama dia nk bawak Sofea ke Adelaide. Kelam kabut. Takda bgtau awal, tetiba bgtau esok lusa nk bawak.”

PENJELASAN:

Seperti mana semua sedia maklum, saudari Asykyn AB Rahim sendiri telah menjelaskan pada post beliau bahawa saya telah memberitahu mereka dari awal lagi yang saya akan membawa anak saya bersama-sama saya ke Australia. 

Kenapa saudari Asykyn mendakwa saya tidak memaklumkan dengan awal? Dakwaan berasaskan apakah ini? Malah, terdapat cop bukti pada passport anak saya bertarikh Februari 2013 ke Australia dan bukannya akhir bulan November 2012 seperti yang didakwa oleh beliau. What is there to argue about?

DAKWAAN 2

“Oh ya, before gi tu, mama dia dh buat surat mintak abg tandatangan, bgtau dia benarkan bawak Sofea ke Adelaide. Rupanya, dalam surat tu, custody anak jatuh kat dia. Pandai kan? Nak jumpa anak atas persetujuan mak. Ok fine, mmg layak mak dia jaga Sofea. Ambik lah. Tak salah or halang pun. Tapi why sampai tak boleh jumpa atau dengar khabar berita?”

PENJELASAN:

Untuk makluman semua, pihak mahkamah telah mengeluarkan perintah hak penjagaan anak sepenuhnya ke atas ibu. In fact, surat tersebut telah ditandatangani sendiri oleh abang saudari di hadapan peguam dan hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang pada Jun 2012. 

So, surat apa yang telah saya keluarkan sendiri seperti didakwa saudari untuk abang saudari tandatangani? This is rubbish!

DAKWAAN 3

“Terus bawak lari sampai skrg?”

PENJELASAN:

Dakwaan membawa lari anak juga sesungguhnya FITNAH dari pihak saudari dan statement ini sangatlah menakutkan. Jika benar saya membawa lari anak saya, buatlah laporan polis. Apa motif saudari sebarkan perkara ini di media sosial? Saudari sendiri telah melampirkan gambar-gambar saudari sekeluarga menghantar anak saya ke airport sebelum penerbangan. Di mana kesahihan yang saya melarikan anak?

Anak saya berada di bawah jagaan saya sepenuhnya atas perintah mahkamah. Saya ke sini untuk melanjutkan pelajaran dan I believe that it is best for my daughter to be here with me.

DAKWAAN 4

“Awal masa sampai ke Adelaide, semuanya ok. 1-2 bulan pertama tu, mama dia masih bagi kami video call, tapi Allah je yg tau. Punya susah nak call, punya payah nk bercakap dgn Sofea. Masa tu Mac 2013, kami mintak adress, nak hntar birthday present kat Sofea. Abg mintak no akaun, nak masuk duit, Sampai ke sudah mama dia tak bagi. Sampai hari ni tak tau ! Semakin hari, mak dia semakin menjadi. Lansung call tak berjawab. Mesej tak berbalas. Berminggu jadi berbulan. Lost contact terus pada 2013 !”

PENJELASAN:

Lost contact terus pada 2013? Saya telah merekodkan setiap panggilan yang diterima dan sehingga Disember 2014 masih ada contact. Di akaun Facebook abang saudari juga, bertarikh 28 Mei 2014, beliau sendiri memaklumkan bahawa datuk dan neneknya dapat berbual dengan cucu mereka! Dakwaan yang saudari buat itu sama sekali tidak berasas!

DAKWAAN 5

“Mama dia blocked semua whtsapp number kami satu family. FB pun blocked. Semua medium dia blocked. Tak tau sebab apa. Kalau ada maslaah between dia n husband, jgn libatkan hubungan anak dgn ayah, hubungan anak dgn family husband sebelah sini. Habis adik2 mama dia pun blocked fb/ig n whtsapp kami satu family. My parents pernah call mak ayah mertua abg, tanya mana sofea n why tak boleh contact, mak mentua abg letak fon. Tak cakap sepatah haram apa. So rude ! Mcm tu ke layan org? Kerja besar-besar tapi perangai? Sepatutnya mak n ayah mentua abg kena nasihat anak dia, ini depa pulak yg melebih !”

PENJELASAN:

Saya “blocked” semua nombor? Ya, memang saya akui saya “blocked”. Kena “blocked” tu mesti ada sebab yang munasabah! Hanya saya dan Allah swt sahaja yang mengetahui. 

Jangan semata-mata nak meraih simpati, saudari sanggup menuduh dan membusukkan nama saya dan family saya. Jika nak ikutkan, saya yang lebih berhak menyatakan you and your brother sendiri yang bersikap biadap dengan cemuhan yang dilemparkan menerusi WhatsApp terhadap saya dan ibu bapa saya. 

So, who is being rude in the first place? And your Facebook post shows that you yang melebih! Dari segi apa yang you judge my parents for being rude?

Menjawab persoalan UTAMA: 

DAKWAAN 6

“Just, why mama dia nk halang kami dari berhubung dgn Sofea? Why nk halang kami dri jenguk, peluk, and kekalkan hubungan? Sampai bila dia nak tipu anak dia? Nak kata papa dia mati? Nk cerita kata family kami tak cari dia? Buang dia? Apa lagi dia nk create? Sampai bila nak lari? Anak tu tetap berbintikan Nor Azmin !”

PENJELASAN:

Masalahnya Tuan-tuan dan Puan-puan, tolonglah bear in mind tentang perbezaan waktu Malaysia dan Australia. Waktu persekolahan juga tidak sama seperti di Malaysia dan rutin harian anak saya juga berbeza.

Adakalanya panggilan tidak dijawab kerana anak saya sedang tidur dan sebagainya. Dan apabila panggilan dijawab, pihak mereka gemar menuduh anak saya menipulah, berbohonglah kerana tidak menjawab panggilan mereka sebelum ini. Pernah juga terjadi di mana semasa dalam perbualan dengan bapanya, anak saya menangis teresak-esak dan tidak mahu lagi meneruskan perbualan tersebut kerana dia dimarahi bapanya.

Psychology dan emosi anak saya nyata terganggu dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Anak saya sendiri dapat menilai apa yang beliau lalui dan hadapi selama ini. Apa untungnya saya untuk brainwash anak saya seperti yang didakwa saudari dan sesetengah pihak diruangan komen?

And after what had happened and what I am going through, I feel that I have the very right untuk setiap tindakan saya.

DAKWAAN 7

“Siapa tak syg anak? Abg kami setiap hari tatap gambar sofea, doa tak putus2, kami nk melawan pun takda daya.”

PENJELASAN:

Oh ya, jika benar bapanya rindukan anak yang dah lama tidak jumpa, kenapa bapanya boleh pergi ke Perth, Australia selama BEBERAPA BULAN sedangkan dia tahu anaknya di mana. 
Beliau juga mendakwa telah dibuang kerja kerana mencari anak di Australia. Biaq betoi??

DAKWAAN 8

Since saudari ada mentioned tentang nafkah diruangan komen, ini penjelasan lebih lanjut.

“Asykyn Ab Rahim: Setahu sy nafkah memang abg saya tak bagi sebab mintak no akaun pun mama dia x bagi…abg sy nak masukkan duit n bagi hadiah…mintak address n no akaun pun tak diberi…anak dia kat Australia, tak silap saya masa cerai pun mama dia x de mention tentang nafkah…amity pun abg sy nk bagi tapi no akaun oun mama dia x bagi respons”

PENJELASAN:

Untuk pengetahuan semua, nafkah anak dibawah tanggungan SAYA selama ini. Bukankah sepatutnya nafkah anak dibawah tanggungan bapa? Dan saudari menyatakan abang saudari meminta nombor akaun dari saya untuk memberi nafkah kepada anak? TETAPI, kenapa setelah bercerai pun abang saudari masih memaksa dan meminta wang dari saya untuk dipinjam? Malah payslip saya juga ingin dipinjamnya!

Just so you know, abang saudari ada beberapa kali SMS saya ingin meminjam wang daripada saya atas alasan yang pelbagai selepas bercerai. Salah satu daripadanya adalah kerana beliau telah meminjamkan wang beliau kepada saudari untuk bayar duit pelamin perkahwinan saudari sendiri. Betulkah? Atau ini juga salah satu penipuan abang saudari? Of course, saya ada bukti untuk statement saya ini. 

SMS-SMS mengarut yang saya terima sebelum ini tentu sekali mengganggu emosi saya. Jadi, tidakkah ini menjawab persoalan yang bermain di fikiran semua?

Sebagai peringatan dan tauladan untuk kita semua, berdiam diri bukan bermaksud salah dan lemah. Saya berdiam diri selama ini hanya menghormati dan tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. TETAPI, apa yang diviralkan ini sememangnya sudah melampaui batas dan perlu untuk saya tampil memberi penjelasan agar TUDUHAN DAN FITNAH ini tidak lagi tersebar. Janganlah sesuka hati menuduh dan membuat spekulasi yang bukan-bukan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Buat saudari N Shairah Ishak dan keyboard warriors yang lain, saya ucapkan terima kasih di atas share kalian. Ramai yang mengutuk saya tidak tahu hukum Allah, tetapi tahukah kalian apa hukumnya menuduh tanpa usul periksa? Sikap anda semua ini seolah-olah kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. Terima kasih kerana memberikan pahala percuma ke atas diri saya dengan viral yang sebegini.

Kepada rakan-rakan saya yang turut diheret dalam permasalahan ini, saya memohon maaf. Saya pun tidak tahu apakah motif sebenar Asykyn Ab Rahim memuatnaik gambar-gambar anda di Facebook tanpa kebenaran yang melanggar hak privasi orang lain!

Akhir kata, there’s always two sides of a coin. Saya tidaklah sekejam seperti yang diviralkan for I have plenty of reasons for my actions. Saya berpaut pada Allah dan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya. Saya sangat berharap agar semua dapat memberi ruang kepada saya sekeluarga dan tidak lagi memanjangkan cerita peribadi saya dan keluarga saya. May Allah bless us all.

Wassalam.

NOOR ASHIKIN BINTI OMAR

Artikel berkaitan: