Jangan kerap beri jus kotak (racun gula) pada anak-anak, ia boleh menyebabkan ketagihan



Jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat, ketahuilah bahawa jus kotak adalah 'junkfood'. 

Jika masih terdapat sisa buah-buahan di dalamnya, ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan. Sudahlah tinggi kandungan gulanya, lebih teruk disebabkan serta yang kebanyakannya sudah dibuang. Anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula di dalamnya. 

Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g atau 5 sudu kandungan gula. Gula yang paling toksik, iaitu Fruktosa (HFCS). 

Antara kesan pengambilan gula fruktosa pada pengguna:
  • Menyebabkan ketagihan gula
  • Membebankan dan merosakkan organ hati
  • Meningkatkan asid urik penyebab gout
  • Meningkatkan kolesterol 
  • Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutamanya otak dan saraf
  • Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulan yang lain
  • Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin). 

Seriously menggemukkan. Yang dalam susu pekat teh tarik itu, fruktosa la tu. 

Pakar obesiti dan juga pakar hormon kanak-kanak, Doktor Robert Lustig juga menggelar gula sebagai 'alkohol tanpa mabuk. 

Sila periksa label maklumat pemakanan yang tertera pada kotak jus dan semak berapa jumlah kandungan gulanya. Anda akan mendapati rata-ratanya mengandungi 15-35 gram gula sekotak. 

Maka, elakkan minum minuman jus kotak dan usah selalu diberikan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan. Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan 'glikasi' kesan dari pengambilan gula.