Jangan paksa orang menjadi kaya



Kenapa ada yang menjual nasi lemak di tepi jalan setiap hari tetapi tetap tak buka kedai? 

Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang rumit. 

Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang dikorbankan?

Sebab passion. Happy bila tengok pesakit sembuh semula. 

Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? 

Sebab hanya itu yang dia tahu dan seronok mendapat ikan banyak. 

Jangan paksa orang menjadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta.
  • Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau tak nak maju dalam hidup. 
  • Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu tiada apa yang nak dibanggakan. 
  • Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. 
  • Seolah bila bergelar jutawan itu baru melengkapi definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup setiap manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak setiap manusia itu berbeza. Allah mencipta setiap manusia itu berbeza, minat berbeza, kudrat berbeza, kepakaran berbeza, pengetahuan berbeza, latar belakang berbeza, sihat atau sakit berbeza kerana semua memerlukan antara satu sama lain. 

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh menjadi zero. Hanya dengan Kun Faya Kun. Buang sikap sombong dan rasa benar dalam diri itu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian yang lebih hebat, lebih halus. 

Optimis itu bagus, cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silarurrahim. Jangan dilupa asal usul kita. Semuanya berasal dari tanah dan ke tanah juga kita akan kembali. 

Apa yang kita ada hari ini, semuanya akan kita tinggalkan. Tiada satu pun yang kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa. 

Respect other's decision
Embrace diversity

Pesanan buat diri sendiri. Muhasabah setiap hari. 
Jangan paksa orang menjadi kaya Jangan paksa orang menjadi kaya Reviewed by Editor on 10:13 PM Rating: 5