'Kalau hang takda tanggungjawab, jangan usik anak dara orang!'


BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Viral di media sosial video seorang wanita berasal dari Pulau Pinang memberi 'amaran' kepada golongan lelaki bujang agar tidak mengacau anak dara orang jika mereka masih belum faham erti tanggungjawab. 

Sebaliknya, beliau menasihatkan golongan lelaki bujang terlebih dahulu melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa masing-masing sebelum berangan nak mencari pasangan hidup. 

"Kalau kita pun pemalas, kemudian nak kahwin dengan anak orang, tak payah dok berangan. Kahwin mau, kerja tak mau. 

"Pergi kerja dulu, cari duit, cari rezeki bagi mak pak hang makan. Baru hang mai mengorat anak dara orang. 

"Kalau hang pun perangai macam apa pun tak tau, lepas itu hang nak kahwin, nak gatai. Kahwin mau, kerja tak mau, kepala hotak hang berjambui na. 

"Hang pi kerja dulu, baru hang mai mengorat. Hang toksah dok kacau anak dara orang, bawak anak dara orang ke hulu ke hiliaq kalau hang tu takda tanggungjawab. 

"Aku bagi warning dekat hang ni. Kalau hang takda tanggungjawab, jangan usik anak dara orang," katanya. 


Hakak ni nk bg warningg kat laki2 bujang kata nye..
Posted by Nokharom morahkon on Wednesday, March 22, 2017

Video yang dimuat naik oleh laman Nokharom Morahkon telah ditonton 453 kali dan dikongsi 7,213 pengguna Facebook. 


Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan dan meminta golongan lelaki muda baca dan hadam teguran wanita itu. - The Reporter