'Kita Malaysia bukan you satu orang tau, semua orang pun susah tau!'


KLANG, SELANGOR - Seorang peragut yang meragut telefon bimbit seorang wanita yang sedang duduk di luar kedai, ditangkap dan dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 5.57 petang semalam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa sedang leka dengan telefon bimbitnya tanpa menyedari kehadiran suspek.

Di kesempatan itu, suspek terus meragut telefon bimbitnya dan melarikan diri.


Posted by 永翔 on Friday, March 10, 2017

Hasil bantuan orang awam, suspek berjaya ditangkap, dibelasah dan diikat tangannya sebelum diserahkan kepada polis.


Posted by 永翔 on Friday, March 10, 2017


Video kejadian yang dimuat naik itu telah ditonton 244,000 kali dan dikongsi 2,234 perkongsian di laman Facebook. - The Reporter