Lelaki terkena renjatan elektrik 30,000 voltan & terjatuh dari ketinggian 100 kaki tapi masih mampu berjalan seperti biasa


Seorang lelaki terbakar teruk dan kulitnya mengelupas selepas terkena renjatan elektrik voltan tinggi, lapor Daily Mail.

Video kejadian menunjukkan berlakunya dua letupan di mana mangsa terkena renjatan elektrik lebih dari 30,000 voltan ketika memanjat pencawang elektrik.

Mangsa dilihat cuba bertahan pada pencawang elektrik tersebut namun gagal berbuat demikian lalu terjatuh ke bawah dengan ketinggian 100 kaki. 


Ketika ditemui orang awam, mangsa masih boleh berjalan tanpa sebarang kecederaan patah tulang. Bagaimanapun hampir keseluruhan badannya terbakar dan kulitnya mengelupas. 

Tidak dijelaskan di mana lokasi kejadian itu berlaku, tetapi video kejadian yang menimpa mangsa telah tersebar meluas di laman Facebook. - The Reporter
Lelaki terkena renjatan elektrik 30,000 voltan & terjatuh dari ketinggian 100 kaki tapi masih mampu berjalan seperti biasa Lelaki terkena renjatan elektrik 30,000 voltan & terjatuh dari ketinggian 100 kaki tapi masih mampu berjalan seperti biasa Reviewed by Editor on 4:07 PM Rating: 5