'Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!'


CHINA - "Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!" demikian kata seorang lelaki yang tangannya dirantai dan diheret seorang perempuan yang dipercayai kekasihnya, lapor Shanghaiist.

Video pengantin perempuan merantai dan mengheret bakal suaminya  di jalan raya viral di media sosial. 

Laporan media online, tinggal beberapa hari lagi sebelum tarikh perkahwinan mereka, lelaki berkenaan telah menghilangkan diri menyebabkan pengantin perempuan terpaksa keluar dan mencarinya. 

Tidak dinyatakan mengapa lelaki itu bertindak menghilangkan diri.

Setelah pengantin perempuan berjaya menemui bakal suaminya itu, tangan lelaki itu dirantai dan diheret ke majlis perkahwinan mereka di jalan raya membuatkan orang awam tergamam menyaksikan kejadian itu. 


Bagaimanapun, ada segelintir netizen mendakwa pasangan itu berkemungkinan hanya berlakon untuk mempromosikan 'sesuatu'. - The Reporter
'Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!' 'Lepaskan! Aku tak nak kahwin dengan kau!' Reviewed by Editor on 10:40 AM Rating: 5