'Luluh hati bila ternampak makcik ini, sudikanlah untuk bantu dia'

Meskipun dirinya tidak sihat, namun keadaan itu tidak menghalang seorang isteri dan juga ibu untuk mencari rezeki untuk keluarganya. Difahamkan suaminya lumpuh, anaknya mengalami masalah mental dan cucunya baru saja keluar dari wad tiga hari lalu selepas terkena penyakit kencing tikus. 



Allahuakbar, luluh hati ini bila ternampak makcik ini. Mungkin Allah gerakkan hati ini untuk bertemu dengannya. 

Ceritanya, masa itu encik suami call minta belikan ubat dia. Kebetulan pula saya sedang memandu di J'alan Kuching menghala ke Selayang. Sampai di Taman Wahyu jam 9 malam, teringat di situ ada Tesco Extra. Saya terus masuk ke sana sebab nak beli ubat yang dikirim tadi. 

Semasa nak masuk ke ruang tempat letak kereta, saya terpandang seorang makcik ini duduk di lantai tepi pintu masuk Tesco, sambil tangannya memegang mangkuk itu. Saya terus cepat-cepat mencari tempat letak kereta yang kosong dan terus pergi ke arah dia. 

Katanya, suami dia lumpuh, anak dia pula sakit mental. Cucu pula baru saja keluar dari wad sebab terkena jangkitan kencing tikus dan dia terpaksa duduk di sini untuk mencari duit. Allahuakbar, remuk rasa hati ini dengar. Kuatnya makcik ini. 

Di belakangnya ada topang orang patah kaki, saya bayangkan dia berpaut pada tongkat itu dari PPR yang tidak jauh sehinggalah ke Tesco ini. Ya Allah, tak kuatnya saya nak bayangkan semua keperitan yang dia lalui. 

Masa itu saya berharap dapat lepak lama sikit dengan dia tetapi disebabkan ubat yang saya nak beli itu tiada dijual di Tesco, jadi saya perlu pergi ke tempat lain, lagipun masa dah suntuk. Farmasi akan tutup paling lewat jam 10 malam. Ubat itu hanya boleh didapatkan di farmasi sahaja. 

Berbalik kepada cerita makcik tadi, apa yang saya dapat ulaskan betapa hebatnya kuasa Allah itu. Dia menggerakkan hati suami untuk menghubungi saya memesan membeli ubat semasa saya lalu di situ. Mestilah nak pergi ke tempat yang terdekat, kan. Kemudian bila pergi ke Tesco itu, bukannya ada farmasi, tetapi nak menemukan saya dengan makcik itu untuk saya tampil beritahu semua orang yang terbaca post ini untuk sama-sama membantu atau mungkin boleh berdoa untuk dia. 

Semoga Allah beri dia kebahagiaan di dunia di saat-saat usia yang sudah senja begini. 

Saya terlupa alamat rumah dia, tingkat berapa. Hanya ingat, C - ** - 01. Nombor di tengah itu tak ingat. Sama ada nombor 8 atau 10. 


Posted by Jihannazira Yan on Tuesday, March 28, 2017
Kalau korang ada berdekatan dengan kawasan itu dan terjumpa makcik ini, sudi-sudikanlah hulur apa-apa yang termampu. Pergilah tengok, kot-kot Allah bagi gandaan lebih berlipat kali ganda lagi. Janji Allah itu pasti. 

Saya kongsi perkara ini dengan harapan akan ada pihak yang tampil untuk membantu makcik ini. Saya tahu orang Malaysia ini penyayang dan prihatin. 

Menurut netizen yang mengenali makcik ini, Zamzuarie Mohamad Noor berkata, "Dulu dia bekerja sebagai tukang sapu/cuci di Bank Islam Selayang. Sekarang memang dia mengemis. Biasa kalau hari Jumaat, boleh jumpa dia di pintu masuk Masjid Al Zakirin Taman Wilayah.". - The Reporter