'Saya tak ada sesiapa nak minta tolong'


PUTRAJAYA - Mayat seorang bayi perempuan ditemui di perkarangan sebuah surau di Presint 9, malam tadi, lapor Free Malaysia Today

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Rosly Hassan berkata, bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibalut dengan surat khabar, sehelai tuala serta jersi berwarna biru yang diletakkan dalam beg kitar semula ditemui orang awam di atas rak kasut di luar Surau Abu Bakar As-Siddiq, Presint 8, jam 8.30 malam tadi. 

Turut ditemui bersama mayat bayi itu, sekeping nota ringkas yang memohon pihak surau memandikan dan mengkafankan  mayat bayi itu. 

"Saya tak ada sesiapa nak minta tolong.

"Hanya Allah sahaja dapat balas jasa orang-orang surau." 



Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan seorang lelaki meletakkan bungkusan tersebut di bahagian belakang luar pintu surau, namun wajahnya tidak beberapa jelas kelihatan.

Polis kini sedang membuat semakan dan pemeriksaan di semua klinik di Putrajaya sekiranya terdapat wanita yang menerima rawatan selepas bersalin, selain mendapatkan maklumat dari penduduk di sekitar kawasan kejadian. 

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - The Reporter