'Pulangkan duit RM1,000 yang kau curi tu Pija'



Assalamualaikum. Saya bukan nak sangat viralkan hal ini, tetapi individu ini sudah melampau sangat. Saya anggap dia sebagai kawan. Saya tolong cari pekerjaan untuk dia sebab kasihan dengan dia mempunyai anak seramai enam orang yang perlu ditanggung. Dia juga telah ditinggalkan suami. 

Niat saya mahu membantu dia mendapatkan pekerjaan dan dengan mudahnya dia dapat kerja sebagai juruwang di kedai runcit, tempat saya bekerja. Kebetulan juruwang yang sebelum ini sudah berhenti. 

Tetapi apa yang dia balas? Dia songlap duit kedai hampir RM1,000! Satu ribu weh! Bukan seringgit dua ringgit dan dalam masa tiga hari bekerja, dia sudah dapat RM1,000. 

'Kenapa? Kenapa awak buat saya begini Pija?'

Sekarang saya rasa serba salah sebab saya yang ajak dia bekerja di kedai ini. Tengoklah apa yang dia sudah lakukan. Dia tukar nombor telefon, dia block saya di Facebook apa semua. 

Tak apa, larilah tetapi ingat, nama dia sudah naik (laporan polis) di Balai Polis Penampang. Selagi dia tak muncul dan bayar gantirugi, selagi itu kes tidak akan ditarik dan dia tidak akan dapat buat permohonan MyKad baru. 



Malu betul saya dibuatnya. Betul-betul saya malu. Dia kawan saya tetapi tergamak dia buat saya begini? Tak apa, Allah nampak dan kebenaran itu tetap ada. 

Saya minta maaf kerana terpaksa buat begini. Salah tetap salah walaupun dia kawan saya. Satu saja yang kami minta, pulangkan balik duit RM1,000 itu atau gaji kami yang kena potong. Penat kami yang lain ini bekerja. - The Reporter