'Saya kena kerja keras kak, zaman lani bukan senang nak cari duit'


Allahu, tersentuh melihat kesungguhan lelaki ini mencari rezeki yang halal. Di kala ada segelintir manusia yang suka mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan merekayasa kisah palsu, lelaki ini sanggup menebalkan muka demi sesuap nasi.

Hanya dengan sekeping poster iklan jualan pizza, beliau dilihat seakan-akan menari bagi menarik perhatian pengguna jalan raya untuk berhenti membeli pizzanya itu. 


Tengah laju-laju drive nak balik rumah, ternampak budak pizza. Tersentuh hati ini melihat kesungguhan beliau. Saya masuk jalan belakang, beli pizza dia bagi habis. 


Sempat berbual dengan beliau. 

"Dik, baju hang basah lecun tu," kata saya. 

"Saya kena kerja keras kak. Zaman sekarang bukan senang nak mencari duit," katanya. 


Posted by Lara Qummaira on Wednesday, March 15, 2017

Semoga murah rezeki kau dik. Tahniah dan syabas juga kerana tanpa segan silu kau beusaha mencari rezeki yang halal. 

Pizza ini sedap. Berbaloi beli RM9.90 sekotak. Lokasi di depan Balai Polis Kuala Muda, Sungai Petani.