Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang


Aduan Aidil Aman

Hati-hati ketika berhenti di RNR

Tujuan saya adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang berhenti rehat di mana-mana hentian Rehat dan Rawat (RnR) terutamanya di waktu malam. 

Kejadian berlaku di RNR Pagoh arah selatan ketika saya dan rakan berhenti untuk berehat dan makan di medan selera kira-kira jam 4 pagi. Kami dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor. 

Kereta saya telah dipecahkan dan dua beg berisi pakaian, barang-barang peribadi, telefon bimbit, wang tunai dan lain-lain hilang. 

Suspek licik kerana kawasan parking adalah terang dan berdekatan dengan medan selera serta kereta lain juga ada di kiri dan kanan. Suspek mungkin sudah lama memerhati sebelum berani mengambil tindakan. 


Pihak polis sedang menyiasat kes ini kerana banyak laporan yang sama diterima dan turut melibatkan kenderaan lori. Selain itu, pemilik kenderaan yang sedang tidur nyenyak di dalam kereta juga pernah menjadi sasaran apabila barang hilang tanpa disedari. 

Harap orang ramai lebih berhati-hati dan semoga kejadian ini tidak berulang lagi. Saya serahkan kepada pihak polis untuk membanteras kes ini agar kawasan awam akan menjadi lebih selamat. 

Saya dan rakan redha dengan apa yang berlaku dan berharap ada hikmah yang baik disebaliknya. InshaAllah. Amin.
Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang Singgah makan RnR Pagoh, balik kereta tengok barang dah hilang Reviewed by Editor on 12:45 PM Rating: 5