Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    20 buah bot nelayan Vietnam curi hasil laut di perairan Malaysia


    KUALA TERENGGANU - "Inilah punca banyak unjam-unjam nelayan, lubuk-lubuk karang, lopak-lopak dan hasil laut habis dikaut oleh bot pukat tunda ganding Vietnam" demikian persoalan Mie Ngail yang memuat naik video beberapa buah bot nelayan didakwanya milik nelayan Vietnam. 

    Menurut Mie Ngail, video itu baru dirakamnya pada 18 April, jarak 30-40 batu nautika dari Kuala Terengganu dan beliau menganggarkan lebih kurang 20 buah bot nelayan Vietnam yang sedang rakus mencuri hasil laut di perairan negara dengan menggunakan pukat tunda. 

    "Lihatlah video-video yang dirakam, begitu banyak kapal pukat tunda Vietnam sedang rakus menunda secara beramai-ramai di perairan negara kita. Dua buat kapal sekali tarik. 

    "Inilah punca hasil laut kita habis dikaut oleh mereka." tulisnya. 







    Video yang dimuat naik itu telah dikongsi sebanyak 523 pengguna Facebook dan netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.