Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Celaka! Rumah sewa mak aku dah jadi serupa bangla duduk 20 orang!' - Bini Ronaldo



    Nak mengamuk ni. Tadi mak ayah aku nak pergi kemas rumah sewa sebab penyewa baru nak masuk malam ini. Penyewa lama tak sempat nak kemas dan keluarkan barang walaupun aku dah beri notis sebulan awal yang penyewa baru nak masuk. Mereka beri alasan sibuk dan tak sempat. 

    Rumah ini disewakan pada tiga gadis muda dan dua daripada mereka merupakan cikgu agama. Asalnya kami toleransi nak tolong kemas barang mereka sebab penyewa baru nak masuk malam ini. Lagipun esok dah bulan baru. 

    Niat baik kami dah terbantut selepas pergi tengok keadaan rumah tadi. Celaka! Serupa bangla duduk 20 orang! 

    Nak tahu keadaan rumah yang budak ini menyewa? Ini mesej aku hantar pada dia tadi, describe keadaan rumah. 


    Seperti yang aku jangka, dia minta maaf, alasan sibuk sangat tak sempat. Eh bebal apa perempuan ini? Mereka bagi notis nak pindah awal bulan Februari. Aku inform penyewa baru nak masuk awal bulan April. Kau ada tempoh masa sebulan, kan? 

    Dulu pun rumah itu cikgu agama dan perempuan juga yang sewa. Mak aku tanggung tak ambil iktibar, suka betul dia kalau sek-sek dia sewa. Berapa lama dah aku handle rumah-rumah sewa mak aku ini. Kalau dari negeri itu saja, terus mak aku terima siap tanpa perlu bayar deposit lagi. Hasilnya? Rumah kacau bilau! 

    Sekarang ini, aku kena layan mak aku marah-marah dalam hight note. Eh geram pula aku. Dia yang pilih penyewa, aku nasihat, tak nak dengar! 

    Dia cakap ambil perempuan muda, ingat reti jaga rumah. Rupa-rupanya rumah makin teruk jadinya. Pengotor paling dahsyat! 

    "Ibu dulu buat spotcheck asrama lelaki di maktab, jauh lagi kemas daripada perempuan! Perempuan sekarang memang tak reti mengemas ke?" 

    Dan mak aku masih teruskan membebel sejak tadi. Aku dah jem kepala. Malam ini penyewa yang aku carikan nak masuk, malu woi nak pass kunci. 

    Budak penyewa lama siap boleh demand cakap nak alihkan barang hari Ahad ini sebab lori ada pada hari Ahad sahaja. Suka hati kau je?? Kasihan penyewa baru aku ini nak kena hadap barang kau yang bersepah. Sudahlah mereka tak ada rumah lain, kena masuk juga malam ini. 

    Aku nak upah bibik kemas pun tak settle sebab barang mereka banyak, yang mana mereka cakap 'barang sikit'. Nak sumbat mana barang mereka itu? 

    Aku mengamuk dah dekat penyewa lama. Sekarang juga budak itu balik dari Penang nak kemas. Ada pula masa?!  Mak aku ada hati nak kasi mereka tak payah bayar bulan terakhir kira tolak deposit. Nasib aku berkeras cakap bulan terakhir pun kena bayar juga. 

    Aku kabor biar rumah cantik, kemas, elok baru dapat deposit masa awal bulan tiga hari itu. Ha tengoklah natijahnya! Nasib baik aku hold deposit!

    Kalau ikut mak aku, dah kasi kawtim dah, tak payah bayar sewa bulan terakhir. Ey! Geram aku. Mujur aku dah suruh mak aku jual rumah itu. Aku dah tak sanggup nak deal dengan karenah penyewa. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.