Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Dia hantar 'aku' sebab perempuan ini tolak pinangan dia! - Gadis disantau officemate


    Oleh Kiera

    Aku nak cerita pasal roommate aku. Hari ini, baru sempat tegur dia. Rasanya dah seminggu dia tak balik rumah. Kalau balik pun sekejap saja. 

    "Dari mana ni? Lama tak nampak?" aku tanya dia. 

    "Baru balik berubat," jawabnya. 

    Aku terkejut, ingatkan sakit, rupanya sakit 'lain'. Dia kata, ada orang buat dia dan orang itu dekat dengan dia. Ah sudah. 

    Okey, mulanya begini. Budak bilik aku ini dah bertunang tetapi ada lelaki lain minat pada dia. Budak satu office dengan dia juga, meja sebelah. Awal-awal kerja, lelaki ini dah mengaku kata suka pada dia. Tetapi minah ini dah bertunang, confess apa lagi dan dapat tahu pula yang lelaki itu baru putus tunang. 

    Tanya punya tanya, rupa-rupanya lelaki ini kena tangkap basah sebulan sebelum nikah. Kena tangkap dengan betina lain. 

    Sekarang, dia syok pada roommate aku tetapi kena reject. Mula-mula 'perkara' ini terjadi bila lelaki itu tawarkan biskut pada roommate. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus ambil sekeping dan makan. 

    Di waktu tengah hari, lelaki itu pass satu fail dan siap pegang lengan minah ini, suruh settlekan fail itu. Jadi, di sinilah mulanya perkara-perkara pelik itu berlaku pada roommate. 

    Dia kata kepala otak dia asyik fikir pada lelaki itu saja. Kerja apa semua tak jalan. Lebih teruk lagi, mandi pun tak nak, makan pun tak nak. Nak berkepit saja dengan lelaki itu. Balik rumah sekejap, kemudian patah balik pergi jumpat lelaki itu. 

    Dia kata dia dah macam orang gila. Dengan tak mandi pergi kerja, baju tudung tak digosok dan bila masuk pejabat dia mesti cari lelaki itu dulu. 

    Kalau di rumah, setiap lima minit call dan handphone 24 jam di tangan contact lelaki itu. Dia kata dalam masa seminggu itu, habis RM50 sehari untuk lelaki itu sahaja. 

    Itu belum kira dengan duit minyak ulang alik dari rumah dia macam orang gila pergi rumah lelaki itu setiap hari. Adalah lebih kurang RM30 sehari. 

    Bila jumpa, roommate aku yang belanja makan. Lelaki itu siap ajak dia pergi supermarket beli barang-barang dia tetapi dibayar oleh minah ini. 

    Okey, itu bila mereka berjumpa. Bila di rumah, lain pula ceritanya. Sampai mak dia perasan muka anaknya pucat, mata merah dengan tak mandinya. 

    Mak dia mula perasan bila mak dia panggil suruh tolong tetapi minah ini malas. Sibuk main telefon. Bila berada di dapur, semua cawan pecah. Dia kata nak pegang, tak larat. 

    Pernah sekali itu bila berada di dapur, mak dia tanya, "Kau buat apa tu?". Dia jawab, "Ambik nasi la," jawabnya. Masa itu dia tengah korek nasi dalam tong sampah. 

    Pasal solat satu hal. Dia kata di rumah, mak dia akan paksa dia solat. Kemudian dia pun solatlah. Masalahnya sekarang, kiblat ke mana, bacaan ke mana, perbuatan entah ke mana. Adik dia perasan dan maklumkan pada mak dia. Mak dia jadi pelik dan mengamuk. Padahal mak dia tak tahu bukan anak dia yang dia marahkan itu. 

    Tambah pula minah ini dok sebut-sebut nama lelaki itu. Nak keluar jumpa lelaki itu, pergi kerja jumpa lelaki itu, call cakap dengan lelaki itu. Padahal dah bertunang dengan lelaki lain dan nak kahwin bulan 9 ini. Mak mana yang tak risau? 

    Jadi mak dia pun panggillah ustaz untuk ubatkan minah ini. Bila ustaz itu masuk saja, cuba teka apa minah ini cakap? 

    "Kau buat apa kat sini?! Buat apa kau datang sini?!" katanya sebelum cuba melarikan diri. 

    Ustaz itu kata, minah ini dah teruk. Orang itu buat dua benda. 

    1. Buat perempuan ini jadi gila
    2. Buat perempuan ini mati

    Katanya, ustaz ini ada potong limau kemudian entah macam mana semua limau terbalik kecuali satu potong. Jadi, ustaz kata ada harapan nak buang. 

    Masa ustaz ini datang, adik minah ini ada rekod video. Masa itu memang dah tak ada suara permepuan. Nama roommate aku pun dah jadi lain. 

    "Siapa hantar kau?" tanya ustaz pada benda itu. 

    "******* yang hantar aku!" jawab benda itu. 

    "Kenapa dia hantar kau?" soal ustaz lagi. 

    "Sebab perempuan ini tolak pinangan dia!" kata benda itu. 

    Seperti biasa, ustaz pun suruh benda itu keluar dan cuba teka apa? Benda itu berpura-pura dah keluar, padahal ada lagi. Licik nak mampus. 

    Ustaz yang dah biasa berubat, tahu benda itu masih ada di dalam badan minah ini. Jadi ustaz pun kata, "kalau betul kau Siti, sebut nama penuh kau," kata ustaz itu yang menyuruhnya menyebut nama penuh berbinti mak. 

    Tetapi benda itu tak boleh jawab. Dia sebut pula nama penuh lelaki yang hantar benda itu tadi. 

    Kemudian minah ini dibawa pergi mandi air kolah di satu masjid. Orang berubat memang selalu mandi guna air kolah masjid itu. Masa mandi itu, roommate aku kata sakit gila di bahagian betis, benda itu macam berpaut di betisnya. Padahal ustaz itu cuma pegang ibu jari kaki dia saja. 

    Katanya selepas mandi, badannya rasa ringan sikit. Cuma sakit di bahagian betisnya masa terasa. Jadi, esok hari terakhir roommate aku pergi berubat. 

    Beberapa hari sebelum ini roommate aku ada balik tetapi sekejap sahaja. Jam 10 malam dia balik, kemudian jam 2 pagi dia keluar semula dan aku pada masa itu memang tak sedar. 

    Masa dia balik itu pun aku tak tegur dia sangat sebab sedang sibuk tengok live make up by Bellaz. Tapi aku ada dengarlah dia on call marah-marah. 

    Dia keluar jam 2 pagi, hentam pintu dengan kuat gila sampai housemate aku yang tidur di depan pun boleh terduduk sebab terkejut. Jadi, tadi aku tanyalah kenapa balik sekejap hari itu, rupa-rupanya dia kata masa dia tidur, ada benda pegang kaki dia. 

    Dia tanya, ada tak dengar dia on call malam itu? Aku cakap, dengar. Dia kata, dia on call dengan tunang dia sebenarnya. Dia kata, masa dia terkena buatan lelaki itu, dia tidak pernah call atau text tunang dia langsung. Panas saja rasa bila cakap pasal tunang dia. 

    Malam yang dia mengamuk itu dan keluar jam 2 pagi hentam pintu kuat-kuat rupa-rupanya dia balik ke rumah mak dia. Sampai di rumah, dia boleh menonggok dalam kereta selama sejam, tak nak masuk rumah. Sampai bapak dia yang pimpin dia masuk. 

    Dia kata kaki dia berat sangat, mungkin sebab dia berubat di rumah itu. Sebab itu berat sangat. Padahal hati memang dah niat nak balik rumah. 

    Aku ada juga tanya, lelaki itu tak ada ambil kesempatan ke? Yelah, dia dah buat minah ini jadi bodoh, manalah tahu kan. Rupa-rupanya, beberapa hari selepas lelaki itu hantar benda itu, dia ada hantar text ajak pergi hotel. Kebetulan roommate aku dah tidur masa itu, kemudian adik dia baca. 

    Bila adik dia baca, dia trap lelak iitu. Set tempat dan masa semua. Tetapi yang muncul masa itu, tunang minah ini dengan keluarga dia. Bertumbuk juga. 

    Nasib bukan minah ini yang baca text itu. Kalau tak, dah menonong agaknya pergi ke hotel itu. Yelah, dah semua benda lelaki itu suruh buat, dia ikut saja. 

    Jadi, sekarang minah ini masih berubat dan lelaki itu dah hantar surat letak jawatan. Roommate aku cerita, lelaki itu ada tegur, 

    "Kenapa sombong sekarang?" 

    Tetapi dia buat biasa saja. Satu pejabat dah tahu tentang lelaki itu. Itu yang dia hantar surat letak jawatan. Jangan berdendam lagi, sudahlah. 

    Elok saja roommate aku habis cerita, dia tawarkan aku makan biskut dia dan aku dah macam... 

    "MACAM MANA NI?????" 

    Jadi, di pengakhiran ceritanya, aku makan biskut dia dut keping sebab nak jaga hati dia. Dia siap cakap, jangan risau, tak ada baca-baca. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.