Dia tak tahu kawan dia dah mati...


QUZHOU, CHINA - Gambar seekor anjing enggan meninggalkan bangkai rakannya yang telah mati di tengah jalan, mengundang rasa sayu dan simpati netizen. 

Insiden yang dirakam di Quzhou, wilayah Zhejiang, timur China itu menunjukkan haiwan juga mempunyai perasaan, di mana anjing berkenaan cuba mengejutkan rakannya tanpa mengetahui haiwan itu telah mati akibat dilanggar kereta. 

Melihat keadaan rakannya yang tiada respon, anjing itu kemudian berlegar-legar di sekitar dan menjaga rakannya itu daripada dilanggar kenderaan untuk jangka masa yang panjang walaupun pada ketika itu keadaan jalan agak sesak. Sesekali itu, dia cuba mengejutkan rakannya lagi.





Sejak gambar-gambar itu viral di media sosial, ramai netizen yang terasa sebak dan simpati, selain kagum dengan semangat setia kawan haiwan berkenaan. 

"Ini mungkin gambaran yang terbaik erti persahabatan yang sebenar," kata netizen. - The Reporter
Dia tak tahu kawan dia dah mati... Dia tak tahu kawan dia dah mati... Reviewed by Editor on 3:28 PM Rating: 5