Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Kantoi pecah rumah, 2 lelaki ditahan


    KEPALA BATAS, PULAU PINANG - Dua lelaki berjaya diberkas polis selepas rakaman video mereka memecah masuk sebuah rumah, viral di media sosial. 

    Dalam kejadian petang semalam di Taman Bertam Perdana 3, suspek berbaju merah memecah masuk sebuah rumah melalui lorong belakang sementara rakannya menunggu di atas motosikal. 

    Perbuatan dua suspek berkenaan disaksikan oleh jiran belakang rumah mangsa lalu merakam video kejadian sebelum dimuat naik ke laman Facebook. 


    Ekoran video viral tersebut, polis berjaya memberkas dua suspek terbabit berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan. Malah, barangan yang dicuri turut dirampas. 

    Siasatan mendapati, pemilik motosikal tersebut telah meninggal dunia dan dipercayai telah digunakan oleh saudara pemiliknya untuk melakukan jenayah pecah rumah. 

    Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan memastikan rumah dikunci bagi mengelakkan kejadian seumpama ini. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.