Pelancong mati selepas dipatuk ular kobra ketika bergambar


INDIA - Seorang pelancong lelaki maut selepas pipinya dipatuk ular kobra ketika mahu bergambar dengan haiwan reptilia tersebut, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian di Jodhpur, wilayah Rajasthan, pemilik ular berkenaan cuba melilit ular berbisa itu di pipi pelancong tempatan itu. Bagaimanapun, ular itu bertindak mematuk leher mangsa. 

Pada awalnya mangsa tidak menyedari dirinya telah dipatuk dengan bisa ular tersebut dan terus berposing untuk rakaman gambar kamera di depannya. 

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena di pipinya lalu meminta pemilik ular berkenaan memeriksa sama ada dia dipatuk ataupun tidak. 

Malangnya pemilik ular itu tidak mengendahkannya dan terus melakukan demonstrasi haiwan berbisa itu kepada pelancong yang lain. 


Beberapa minit kemudian, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa berubat dengan 'tabib', berbanding dihantar ke hospital. 

Sejam kemudian, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia kerana patukan ular kobra berkenaan, menurut saksi. - The Reporter
Pelancong mati selepas dipatuk ular kobra ketika bergambar Pelancong mati selepas dipatuk ular kobra ketika bergambar Reviewed by Editor on 12:34 PM Rating: 5