Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Penjenayah lekat 'GPS Tracker' bawah kereta mangsa


    KUALA LUMPUR - Gelagat seorang lelaki melekatkan alat peranti (GPS Tracker) di bawah kereta orang awam dirakam kamera litar tertutup (CCTV), viral di media sosial. 

    Dalam kejadian jam 10.38 malam, 28 Mac lalu yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Sungai Buloh, lelaki yang memakai 'sling bag' itu dilihat menghampiri beberapa kereta dan melekatkan sesuatu di bawah dua buah kenderaan sebelum beredar dari kawasan tersebut. 

    Tindakan lelaki itu disedari oleh pemilik kereta yang kemudian mengambil alat peranti tersebut. 

    Berdasarkan tiga gambar yang dikongsikan, alat peranti berwarna hitam dan saiznya sebesar tapak tangan  adalah GPS Tracker. Ia juga mempunyai magnet agar dapat dilekatkan di bawah casis kenderaan. Selain itu, ia juga mempunyai kad sim.


    Video yang dimuat naik pada 31 Mac itu telah ditonton 908,619 kali dan dikongsi 23,852 pengguna Facebook. 




    Terdapat pelbagai kemungkinan sama ada penjenayah mahu mengesan di mana kedudukan mangsa agar mereka dapat memecah masuk rumahnya, menyamun atau mencuri kereta mangsa. 

    Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa memeriksa bawah kenderaan masing-masing bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.