Penyamun bunuh warga emas demi telefon bimbit & televisyen


JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru Rompin, semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, Joriah Ahmad, 65, ditemui oleh anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. 

Difahamkan, anak mangsa yang baru pulang ke rumah pada jam 5.30 petang menemui ibunya terbaring dengan kepala berlumuran darah di ruang tamu sebelum memaklumkan kepada jirannya. 

"Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

"Siasatan di lokasi mendapati telefon bimbit dan televisyen milik mangsa hilang, disyaki disamun suspek," katanya. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasatan dan polis kini sedang menjalankan siasatan. - The Reporter
Penyamun bunuh warga emas demi telefon bimbit & televisyen Penyamun bunuh warga emas demi telefon bimbit & televisyen Reviewed by Editor on 4:21 PM Rating: 5