'Penyewa Babi' mengakibatkan pemilik rumah tanggung kerugian £5,000 (RM28,000)


TREALAW, WALES - Gambar menunjukkan rumah dalam keadaan yang amat teruk selepas ditinggalkan oleh penyewanya, lapor Daily Mail.

Gambar-gambar ini dirakam selepas ditinggalkan penyewanya yang tidak bertanggungjawab menunjukkan peralatan dan lantai yang kotor, halaman belakang rumah dipenuh dengan sampah. 

Difahamkan, rumah yang mempunyai empat buat bilik ini disewakan oleh Howells Properties, yang terpaksa menanggung kerugian sebanyak £5,000 (RM28,000) bagi membersih dan mengembalikan semula keadaan tempat itu seperti sebuah rumah. 

Pengurus hartanahnya, Lisa Howells, 50, menyifatkan keadaan itu sebagai keterlaluan dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman Facebook syarikatnya. 

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu atau keluarga yang meninggalkan rumah sewa kami ini dalam keadaan yang teruk, yang saya fikir sekumpulan babi hutan yang menjijikkan telah tinggal di dalamnya. 

"Saya tidak biasa mendedahkan nama atau memalukan orang tetapi secara seriusnya, siapa yang akan tinggal di tempat tinggal seperti ini?








"Saya harap mereka tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini di rumah sewa orang lain kerana apa yang berlaku benar-benar keterlaluan," tulisnya di Facebook. - The Reporter
'Penyewa Babi' mengakibatkan pemilik rumah tanggung kerugian £5,000 (RM28,000) 'Penyewa Babi' mengakibatkan pemilik rumah tanggung kerugian £5,000 (RM28,000) Reviewed by Editor on 4:23 PM Rating: 5