Rumah belum siap tapi dah kena bayar? Ini sebabnya



RUMAH BELUM SIAP, TAPI DAH KENA BAYAR?

Anak muda nampak yang beli rumah baru itu, best. Iyalah, sebab rumah moden dan wangi. Tapi ada juga yang dah beli rumah baru, kemudian baru sedar yang dia kena bayar Progressive Payment.

"La, saya ingatkan kena mula bayar lepas rumah siap je. Tak tau pula kena bayar progressive payment setiap bulan. Pening saya nak bayar sampai 2 tahun ni Encik. Nak cancel beli boleh?"

Sudahlah sekarang masih hidup menyewa, kena bayar sewa rumah, kena bayar progressive payment pula. Rumah landed biasanya 24 bulan sampai rumah siap, rumah atas awangan pula dalam 36 bulan.

Progressive payment itu bukan kau kena bayar terus amaun sama dengan ansuran bulanan. Tapi makin hari dia akan menghampiri nilai itu. Bergantung kepada berapa banyak developer dah tuntut dengan pihak bank.

CONTOH KIRAAN:

Kau beli rumah daripada pemaju dengan harga RM400,000. Pembiayaan RM360,000. Kadar keuntungan bank 4.5%. Pada bulan pertama (contoh Januari), developer akan tuntut dengan pihak bank RM80,000.

RM80,000 x 4.5% x (31/365) = RM305.75

Pada bulan pertama kena bayar RM305.75. Masuk pula bulan kedua (Februari), ada 28 hari saja. Developer tuntut lagi RM80,000 dengan pihak bank. Berapa pula kena bayar? Bertambah sikit daripada Januari.

(RM80,000 + RM80,000) x 4.5% x (28/365) = RM552.32

Jadi, kalau hari ini kau kali pertama baru dengar tentang progressive payment, baguslah. Dapat juga ilmu baru. Nak beli rumah baru, holding power kena kuat. Kalau tak cukup power, jenuh weh.

Sebab itu saya menggalak anak muda beli rumah subsale. Tak kisahlah untuk duduk sendiri atau pelaburan. Tak ada sebab lain, sebabnya kita gaji ciput. Macamlah saya tak faham, kan? Kita sama saja.

Dalam hartanah, ada tiga pasaran untuk kita beli rumah; undercon (rumah baru), subsale (rumah second hand) dan lelong. Setiap pasaran ada risiko dan semuanya boleh buat untung kalau ada ilmunya.

Apa-apa pun, kau kena ukur harga rumah ikut payslip sendirilah. Jangan kau ikut payslip bos kau. Kalau tak, jadilah kes anak muda gaji RM3,000 booking rumah RM500,000. Bila permohonan loan kena reject, maki banker. Haha! 

SHARE dengan kawan-kawan yang nak beli rumah baru. Mungkin mereka pun tak tahu tentang kewujudan progressive payment ini. Tapi kalau memang gaji dia besar, holding power memang ada, tak apalah.

Powered by Blogger.