'Saya nak masuk asrama sebab keluarga saya miskin'


Saya telah menerima satu permintaan dari seorang ibu untuk membantu menyelesaikan hutang yuran asrama dan tuisyen tahun lepas yang tidak dibayar kerana tidak mampu. 

Akibatnya, anak perempuannya, Norsyamila binti Norhisyam, kelas 5 Sains 8 SMK Sultan Badlishah, Kulim, tidak dibenarkan (tidak ditawarkan) tinggal di asrama pada tahun ini, sedangkan dia bakal menduduki SPM. 

Saya menemui PK Hem sekolah tersebut untuk menyelesaikan bayaran sebanyak RM500 dan yuran tahun ini, RM150. Saya menyerahkan RM350 untuk perbelanjaannya yang lain menjadikan jumlah sumbangan sebanyak RM1,000. 

Kepada PK Hem berkenaan, saya mohon agar Norsyamila ditempatkan kembali di asrama seperti yang diharapkannya. 

Bila saya bertanya mengapa dia ingin menduduki asrama, ini jawapannya.

"Keluarga saya miskin..." katanya sambil menangis di hadapn saya dan PK Hem. 

Riak wajahnya membayangkan dia seorang pelajar yang baik tetapi dihimpit kemiskinan. 


Kepada anda yang menyumbang ke projek ini, berbanggalah anda ada tangan dihulur kepada anak malang ini. Saya persembahkan anak ini dan tangisannya sebagai tanda syukur dari hati nurani sucinya. 

Catatan: Tolong jangan komen tindakan sekolah

Powered by Blogger.