Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Sudah 'keras' & tidak bernyawa

    Jasad kucing terperangkap dalam MCB Box | Foto - Muhd Adam

    Encik Muhd Adam yang ditugaskan untuk memeriksa TNB Box dan MCB Box di Kuala Selangor yang mengalami gangguan semalam menemui seekor kucing terperangkap dalam MCB Box seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 

    Kucing itu sudah keras dan tidak bernyawa. Dalam erti kata lainnya, kucing itu gagal diselamatkan. Encik Muhd Adam meminta pihak pengurusan untuk mematikan suis utama bagi membolehkan dia mengeluarkan jasad kucing malang itu, sebelum disemadikan di kawasan berhampiran. 

    Kepada para pemilik kucing di Malaysia, tolong lebih peka dengan pergerakan kucing-kucing anda. Elakkan mereka bermain di kawasan berbahaya termasuk suis utama TNB dan MCB bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. 

    Tidak diketahui sama ada kucing ini mempunyai tuan atau sebaliknya. Namun gambar yang dikongsikan ini adalah gambar yang asli, tanpa disunting.

    Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu contoh akan keburukan membuang kucing ke jalanan. Ingat, perkara ini boleh berlaku pada mana-mana haiwan jalanan. Mereka tidak berakal dan menganggap semua tempat sebagai tempat bermain. Kita yang berakal boleh mengubahnya. 

    Berhenti buang kucing dan anjing anda. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.