Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Usia 30-an, sihat & ada kudrat lagi, tetapi asyik minta duit mak sampai dia kahwin pun mak kena tanggung'


    Dari inbox My Media Hub

    Salam min, tolong viralkan supaya saya tahu apa yang saya perlu buat. Jika tak keberatan. Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik min. Amin. Hidekan nama saya sekali. Terima kasih.

    Assalamualaikum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu perkara benar dan betul-betul terjadi. 

    Saya hairan betul mengapa si A asyik meminta-minta duit padahal dia sihat walafiat. Allah sudah beri dia kesihatan dan kudrat untuk mencari rezeki yang halal, tetapi dia malas bekerja dan hanya mahu meminta duit dari orang termasuk ibu kandung saya sendiri.

    Dari dulu lagi si A meminta pelbagai jenis barangan seperti motosikal dan lain-lain. Jenis-jenis motosikal tersebut di antaranya, motosikal jenama Ego tersebut diserahkan kepada bekas kekasihnya. Dia pernah berdua-duaan di dalam bilik di Kuala Lumpur semasa saya masih kecil lagi. Dikurniakan anak perempuan tetapi si A tak bertanggungjawab untuk mengahwini perempuan itu yang bernama Ayu.

    Malahan, dia juga sering memaksa dan meminta duit dari ibu saya supaya hubungan adik beradik terus berkekalan. Ibu saya pula penat bekerja dan saya terlalu menyayanginya dan kasihan melihat dia. Dia sanggup memberi wang ringgit itu tetapi si A langsung tidak beri apa-apa padanya.

    Saya sangat keliru. Apakah kasih sayang zaman sekarang dititik beratkan dengan wang ringgit? Jika diri itu tidak mampu, buatlah cara tidak mampu. Mengapa sehingga kahwin juga mahu meminjam duit orang?

    Si A adalah duda anak kembar sepasang. Anak perempuan diambil oleh ibu kandungnya. Anak yang sakit, menghidap penyakit paru-paru rosak sejak bayi lagi diberi nama Hisyam, dijaga oleh si A. Kerap kali balik kampung si A merayu agar suami saya menggendong anaknya Hisyam itu dan dia berehat dan sibuk bermain telefonnya. 

    Paling saya tak boleh terima ialah, bila dia berkahwin lagi dan semua kos perkahwinan dia dari A-Z menggunakan duit ibu saya. Kereta Proton Satria Neo kesayangan saya juga dipinjamnya dengan alasan memudahkannya berulang alik ke Kuala Lumpur agar Hisyam cepat sembuh menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Tetapi sebenarnya dia tidak berbuat demikian, sebaliknya dia gunakan kereta itu untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain.

    Usianya dalam lingkungan 30-an. Sejak dari kecil lagi, ibu saya asyik memberinya wang ringgit. Saya sangat cemburu melihat keluarga orang lain rapat sahaja tanpa merengek-rengek meminta duit adik beradik yang lain. 

    Kenapa Allah menduga saya begini? Saya kasihan melihat ibu saya yang asyik memberi si A duit. Ibu kata dia terpaksa berbuat demikian demi menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradiknya. Tetapi kenapa dengan wang ringgit? Apa yang perlu saya lakukan? 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.