Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    '10 bulan saya bersabar dengan dia yang kerap parking di depan rumah, akhirnya...'


    Hidup berjiran ini, banyak perkara yang kita perlu ambil tahu dan ambil kira. Setiap tindakan yang diambil perlu difikir sehabis boleh bagi mengelakkan jiran terasa hati sehingga menimbul rasa kurang selesa, sekali gus meruntuhkan kesefahaman di antara jiran tetangga terutamanya tentang parking. 

    Jangan sesekali kita meletakkan kereta di depan rumah jiran, meskipun pada ketika itu tiada lagi ruang atau tempat parking berhampiran dengan rumah kita. Sebaiknya, letaklah kereta anda di tempat yang tidak menganggu jiran. 

    Seperti apa yang dikongsikan oleh blogger Pepper Lim, sudah 10 bulan beliau menahan sabar dengan sikap jiran yang gemar meletak kereta di depan rumahnya sehingga menyukarkan keretanya untuk keluar dan masuk. 

    Pelbagai cara yang telah diambil termasuk bersemuka dengan pemilik kereta tersebut, namun tidak diendahkan. Sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan terakhir yang membuatkan pemilik kereta itu serik buat selama-lamanya. 

    Oleh Pepper Lim

    Jiran saya ini, si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia di depan pintu pagar rumah saya. Saya tak tahu dia kerja di mana tetapi dia kerap balik sekitar jam 3 pagi. Pada waktu itu, sudah tiada tempat kosong untuk dia letak kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk letak kereta dia di depan rumah saya dan hanya akan alihkan keretanya pada jam 2 petang keesokan hari. 

    Dia duduk di rumah bujang (rumah sewa) iaitu sebelah rumah saya. Saya sudah banyak kali mengetuk pintu pagar dia tetapi tidak pernah dilayan. Pernah sekali dua saya berjumpa dengan budak-budak penyewa yang lain di rumah itu, tetapi mereka kata mereka tidak kenal satu sama lain. Jadi, mereka tak dapat nak tolong saya panggil si bangang berkenaan. 

    Saya dah banyak kali tinggalkan notis di cermin kereta dia, tetapi langsung tidak dihiraukan. Kemudian saya letak notis minta nombor handphone dia agar saya dapat menghubunginya untuk mengalihkan kereta. Malangnya notis itu dibuang begitu sahaja. 

    Sekali dua, saya bersemuka dengan dia dan mengingatkan agar jangan letak keretanya di depan rumah saya lagi. Tetapi beberapa hari kemudian, dia mengulangi lagi perbuatannya. 

    Jadi, saya menghubungi MBPJ dan terangkan masalah yang berlaku. Operator yang menjawab panggilan saya itu boleh pula bergurau berkata, "Kenapa tak pecahkan cermin kereta dia?" 

    "Kalau boleh, memang saya nak pecahkan cermin kereta dia. Si bangang itu dah letak kereta dia di depan pagar rumah sehingga menghalang laluan kereta saya untuk keluar masuk selama 10 bulan. Saya memang dah cukup bersabar dengan dia." kata saya kepada operator berkenaan.

    Operator terbabit menasihatkan aku agar bersabar dan dia akan hantar pegawai untuk saman kereta lelaki berkenaan. 

    Foto - Pepper Lim
    Sebenarnya, kita tidak boleh letak kereta sebarangan atau di mana-mana sahaja kecuali dalam petak yang disediakan oleh MBPJ. Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disaman sebanyak RM30.00. Jika saman yang dikeluarkan itu tidak dibayar, ia akan naik RM100.00. 

    Percaya atau tidak? Si bangang itu masih lagi meletakkan keretanya di depan pintu pagar ruah saya. Nah, tengok berapa banyak saman yang telah dikeluarkan terhadapnya. 

    Sekali lagi saya buat aduan kepada MBPJ dan kali ini mereka menasihatkan saya membuat laporan polis. 

    Selesai buat laporan polis, polis datang ke rumah saya dan nampak kereta si bangan itu parking di depan rumah saya. Ketika itu, saya tiada di rumah. Jiran saya yang seorang lagi keluar dan berbincang dengan polis. Menurutnya, si bangang itu juga pernah meletak kereta di depan rumahnya, namun tidak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa. 

    Polis pasang lampu siren dan ketuk pintu pagar rumah si bangang berkenaan, namun dia enggan keluar. Jadi polis memaklumkan kepada jiran saya itu bahawa mereka akan kembali lagi pada masa yang lain, sebelum beredar. 

    Sebaik sahaja polis beredar, si bangang ini cepat-cepat keluar dan alihkan kereta dia. Selepas peristiwa itu, dia langsung tidak pernah meletakkan keretanya di depan rumah saya lagi. 

    Foto - Pepper Lim
    Saya memang cuba hidup berbaik-baik dengan jiran-jiran, tetapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup berjiran. Jadi akibatnya, dia kena bayar saman RM1,000. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.