Astagfirullahalaziim, gambar perempuan dicucuk dengan 8 batang jarum ditemui dalam hutan

Foto - Mohd Nur Rahmat Jumrael

Seorang pengguna Facebook memuat naik gambar penemuan sehelai pakaian dan gambar seorang perempuan bertudung, di mana terdapat 8 jarum yang dicucuk di bahagian muka dan kemaluan dipercayai untuk tujuan ilmu hitam. 


Bismillah. Allahumma solli ala muhammad. 

Pernah dengar pugai atau buatan orang? Ke pernah dengar guna-guna orang atau mungkin sihir? 

Mana-mana tempat mungkin benda ini masih wujud termasuk di Sabah. Orang berjaya, kita iri hati dan dengki. Orang tak terima cinta, kita bomohkannya. Kesan dari sihir itu, mangsanya merana, sakit sehingga ada yang maut. 

Gambar di bawah dirakam oleh kawan saya iaitu Tony Hma, semasa mencari burung di dalam hutang, karambunai. Agak-agaknya, gambar yang dicucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ye? 

Sebelum ini sahabat sejemaah, diceritakan oleh Ustaz Mizan, pernah terkena sihir semasa menjalankan dakwa di sebuah daerah. Bila berubat, jantungnya seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Alhamdulillah individu itu berjaya disembuhkan. 

Ada amalan yang dipegang sebagai pendinding. Antaranya melazimi Al-mathurat pagi dan petang. 

p/s: banyakkan 'pendinding' dalam diri. 
Astagfirullahalaziim, gambar perempuan dicucuk dengan 8 batang jarum ditemui dalam hutan Astagfirullahalaziim, gambar perempuan dicucuk dengan 8 batang jarum ditemui dalam hutan Reviewed by Editor on 9:45 AM Rating: 5