Bapa gantung & pukul anak kerana koyak kertas perceraiannya


SICHUAN, CHINA - Seorang kanak-kanak perempuan digantung di luar rumah dan dipukul bapanya selepas mangsa mengoyakkan kertas perceraian bapanya, lapor Mirror. 

Mangsa yang berusia 8 tahun tidak didedahkan namanya itu dilaporkan tidak menyukai perkhabaran yang ibu bapanya akan bercerai lalu merajuk dan menyebabkan dia dikenakan hukuman teruk oleh bapanya. 

Pihak berkuasa telah menahan lelaki berkenaan selepas rakaman video pendek yang dirakamnya menunjukkan mangsa digantung dan kemudian dihantar kepada bekas isterinya bagi tujuan menyakitkan hati. 

Ibu mangsa segera membuat laporan dan menyerahkan video itu kepada pihak polis. 


Bertindak di atas laporan itu, polis segera menyelamatkan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut jurucakap pihak berkuasa, mangsa telah dipukul kerana mengoyakkan kertas perceraian yang disimpan bapanya. Suspek juga berang kerana mangsa merosakkan barangan di rumah serta memecahkan botol arak miliknya. 

Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan serius. dan diberi kaunseling bagi memulihkannya dari trauma. 

Si ibu dijangka akan diberi hak penjagaan terhadap mangsa. Sementara itu polis akan menjalankan siasatan terhadap suspek dan bakal berdepan dengan dakwaan mendera kanak-kanak. Jika disabit bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara beberapa tahun. - The Reporter
Bapa gantung & pukul anak kerana koyak kertas perceraiannya Bapa gantung & pukul anak kerana koyak kertas perceraiannya Reviewed by Editor on 11:50 AM Rating: 5