Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Bayar petrol RM15.00, dapat 3.67 liter je?' - Shell mohon maaf di atas kesilapan penetapan harga baru


    PUTRAJAYA - Shell Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya memohon maaf terhadap pelanggan yang terjejas ekoran masalah teknikal yang dihadapinya. 

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan tiga jam yang lalu, Shell menjelaskan berlaku masalah perubahan harga baru di beberapa stesen petrolnya sekitar jam 12.01 pagi sehingga 1.30 pagi tadi yang melibatkan 160 transaksi di mana pelanggan yang terlibat terpaksa membayar harga minyak yang mahal. 

    Shell menasihatkan mana-mana pelanggannya yang terjejas akibat masalah itu ketika mengisi minyak di mana-mana stesen Shell memeriksa semula resit bayaran dan bawa semula ke stesen yang sama untuk menuntut bayaran balik di atas kesilapan tersebut. 

    Untuk makluman, harga terkini petrol dan diesel bagi tempoh 18 - 24 Mei 2017 adalah seperti berikut:



    "Kami meminta maaf di atas apa yang berlaku dan berterima kasih di atas kesetiaan dan sokongan para pelanggan. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung masalah berkaitan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300 88 1808," kata kenyataan itu. 

    *Berikut aduan dari Martina Abu Hanifa yang viral di media sosial sejak dimuat naik ke laman Facebook 10 jam yang lalu. 

    Waktu: 12.20 pagi
    Tarikh: 18 Mei 2017
    Lokasi: Shell Salak Selatan

    Tadi masa nak pergi kerja, aku tengok minyak kereta dah nak habis. Ingat nak pergi isi petrol di kawasan rumah. Tetapi disebabkan ada Shell sehala dengan jalan aku nak pergi kerja, maka aku isilah petrol di Shell Salak Selatan. 

    Aku bayar di kaunter RM15. Bila aku pam minyak ke tangki, baru tekan, tahu-tahu amaun di meter dah RM15. Kemudian aku tengok cuma 3.67 liter sahaja. Aku pun jadi pelik, kemudian aku biarkan nozzle pump di tangki, pergi semula ke kaunter. 

    Ketika itu, ada seorang anak muda ini dah bising-bising. Isi minyak RM20 tetapi dapat pam tak sampai 5 liter. Kemudian aku pula tanya, kenapa aku isi RM15, cuma dapat 3.67 liter? 

    "Sekarang minyak sudah naik," kata pekerja warga Bangladesh itu. 

    "Berapa naik?" soal aku.

    "Tengok di pam," jawabnya. 

    Aku pergi tengok di pam dia tulis RM4.09 sen/litre. Aku pergi semula pada lelaki itu. 

    "Eh? berapa seliter minyak sekarang? Takkan RM4.09 seliter?"

    "Saya tak tahu kakak. Hari ini sudah naik. Kerajaan sudah naik minyak," katanya. 

    "Kepala hotak kau! Kalau minyak naik, takkan sampai RM4.09 seliter?!" Siapa set mesin itu?" soal aku.

    "Tak tahu kakak. Saya kerja saja. Boss kata itu mesin kerajaan sudah set. Tiada sapa yang set," jawabnya. 

    "Kau pergi panggil boss kau sekarang," hati aku dah mula panas. 

    "Boss sudah balik kakak. Tak ada sapa saya mau cari," katanya. 

    "Hoi bodoh! Kau call  lah siapa you punya boss. You punya manager atau you punya supervisor. Pandai you orang mau tipu ha!"


    Tidak lama selepas itu, seorang lagi lelaki datang. Dia guna kad kredit, katanya dia isi 20 liter kena RM130. Terkejut, terus dia datang ke kaunter. Yang paling bangang bila pekerja warga Bangladesh itu buat muka sial dia. 

    Orang ramai dah marah-marah, kemudian lelaki itu minta buka pintu, nak call dan cakap sendiri dengan boss mereka. Tetapi pekerja itu tak nak. Aku dah mula bertempik-tempik di situ maki hamun dia. 


    Akhirnya dia call boss dia. Bila lelaki yang guna kad kredit itu tadi bercakap dengan boss dia, boss dia boleh tamatkan panggilan. Aku dah sampai angin di kepala, tinggal nak pecahkan cermin kaunter bayaran itu saja lagi sebab aku nak ajar sikit pekerja bodoh itu. 

    Aku call balai tempat kerja aku, minta member tolong hubungi balai berhampiran sebab aku nak suruh anggota polis datang ke lokasi dan panggil boss stesen minyak itu. Barua sangat. Aku tahulah hari ini hari Rabu, harga minyak dinaikan. Tetapi takkanlah dari RM2.90 naik sampai RM4.09? 

    Aku tak tahu apa lelaki yang tadi itu dah buat. Selepas aku selesai bercakap dengan member, aku tengok pekerja itu dah pulangkan balik duit lelaki itu.

    "Bagi duit kakak ini cepat sebab dia nak masuk kerja," katanya yang merujuk kepada aku. 

    Akhirnya dia pulangkan semula duit aku. Hoi, kalau nak menipu pun agak-agaklah. Nasib aku jenis isi minyak selalu tengok meter. Kalau aku main isi, letak dan beredar begitu sahaja, tak ke nampak bangang aku di situ? 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.