Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Beli kurma, dapat bubuk/anak lipas


    Viral di Facebook, gambar buah kurma jenama berbisik mengandungi anak lipas membuatkan netizen terkejut. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Siti Norbaya Sabaran itu mendakwa, hampir setiap kali dia menemui anak-anak lipas dalam buah kurma. 

    "Nak bulan puasa ini, pasti ramai yang membeli kurma. Tak kiralah bulan puasa atau tidak, ramai yang beli kurma. Tetapi di sini, kalau korang semua beli kurma, tolong kopek dulu buah kurma itu.

    "Ada biji atau tak ada, kopek saja dulu. Tengok bahagian dalam buah kurma itu. Setiap kali beli kurma, mesti ada anak lipas di dalamnya. Tak kiralah buah kurma mahal ke, murah ke, beli di pasar malam ke, beli di shopping mall ke. 



    "Perkara ini bukan sekali saja terjadi, hampir setiap kali bila beli kurma. Kalau kopek, mesti ada lipas di dalamnya. Bukan sebiji, dua biji. Mesti confirm berbiji-biji. 

    "Saya hanya sampaikan pesanan saja sebab tak nak tengok korang pun makan lupas juga. Lagi sedap makan nasi dari makan lipas," katanya. 

    Tak kiralah apa jenama sekalipun, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati bila membeli buah kurma. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.