Buat apa nak tengking anak isteri/suami? Peluklah mereka



Marah anak jangan sesekali pukul muka. Marah isteri jangan sesekali tengking di depan anak, pukul muka jauh sekali. 
  1. Para suami kena tukar, nak marah isteri bagi bunga, peluk isteri, ungkit perkara yang baik pernah isteri buat terhadap kita.
  2. Marah anak, pukul kemudian, peluk anak, cium anak. Doa waktu peluk bagi anak dengar.

Peluk bukan perkara biasa, ia power, ia merembeskan hormon yang baik. Hormone dopamine secara automatik akan dirembeskan apabila kita memeluk pasangan atau anak. Begitu juga dengan hormone oxytocin. Ia membuatkan kita rasa tenang dan bahagia. Marah akan bertukar kepada tenang apabila kita bertindak dengan baik.

Bahagia apabila kita melihat pasangan, anak-anak hati kita akan tenang. Untuk merasai perkara ini, ia memerlukan usaha. Marah bukan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, juga bukan mendatangkan bahagia ataupun ketenangan. Marah, tengking, memcaci maki akan menjauhkan rahmat Allah s.w.t dalam kehidupan kita.

Buat apa nak tengking anak isteri/suami? Peluklah mereka.

Powered by Blogger.