Cara & adab kad jemputan kahwin yang terbaik untuk menjemput secara bertulis


Isu ini mungkin nampak kecil tetapi sebenarnya tidak. Jika anda pernah melakukannya, ingatkanlah adik beradik, saudara mara kita agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Takkan menjadi masalah kalau kad jemputan kahwin tidak disertakan dengan kalimah-kalimah suci. 


Ingin saya kongsikan kad jemputan yang patut dipuji dan inilah cara serta adab yang terbaik untuk menjemput secara bertulis. 

Kad-kad jemputan perkahwinan di bawah ini tidak menggunakan kalimah suci seperti kalimah mulia Allah SWT, potong ayat Al Quran, Hadith dan nama junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. 

Secara logiknya, lambakan kad jemputan yang kita terima akan dibuang. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan agar kalimah mulia ini dijaga sebaik-baiknya. 

Harus diteliti setiap kad-kad jemputan kahwin sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Paling menakutkan jika ada kad-kad terkandung kalimah mulia ini terjatuh dan terpijak secara sengaja atau tidak sengaja. 

Cara pelupusan tulisan mengandungi kalimah mulia ini ada caranya. Bukan boleh dibuang sewenang-wenangnya. Kita bertanggungjawab di atas setiap perbuatan, percakapan, penulisan kita ke atas setiap kalimah mulia ini. 

Pernahkah kita terfikir, ke manakah perginya kad-kad yang mengandungi kalimah mulia ini selepas kita menghantar perutusan Raja Sehari? 



Alhamdulillah, lima kad walimatul urus adik beradik kami sampai kepada tetamu tanpa kalimah mulia kerana menjadi kegusaran buat bonda dan ayahanda kami jika kad jemputan ini dibuang, dikoyak atau dipijak tanpa sengaja atau sengaja. 

Nampak kecil isu ini, tetapi tidak. 

It does not make us less muslim or Islam if we send a walimatul urus invitation without the name of Allah, ayat Quran and Hadith. 

Mengadakan walimatul urus dan hadir ke jamuan itu adalah kewajipan buat semua muslim muslimat kecuali atas sebab tertentu yang tidak dapat hadir.