Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Cuai, kanak-kanak lemas dalam baldi


    IPOH, PERAK - Seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, semalam, lapor Harian Metro

    Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, mangsa, Fatini Aleysha Abdul Karim, 2, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi. 

    Kejadian itu berlaku ketika mangsa mahu membuang air besar, dibawa oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun, manakala ibunya berusia 41 tahun menunggu di kereta. 

    Polis telah menahan reman ibu mangsa selama empat hari dan teman lelakinya selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. 

    Foto - Harian Metro
    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi. 

    "Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar, manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki itu turun dalam keadaan cemas memaklumkan mangsa jatuh dalam baldi. 

    "Mereka kemudian membawa mangsa ke HRPB sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Laporan bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya. 

    Kes disiasat mengiku Seksyen 31(a) Akta kanak-Kanak 2001.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.