Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Doktor, tolong buang (fake) braces ni, saya dah tak tahan sakit'

    Gusi bengkak kemerahan, plak gigi tebal, berdarah, berbau, gigi goyang, breket tercabut, gigi berlapis-lapis dan macam-macam lagi masalah berlaku akibat fake braces ini
    Dari Klinik Pergigian ArRizqin

    Al kisah hari ini seorang pesakit datang ke klinik minta doktor buangkan braces sebab dah tak tahan. Bila ditanya, katanya dah pakai braces ini selama dua bulan dengan bayaran RM700. 

    Tak adalah murah. Bila ditanya pasang di mana, katanya di rumah 'doktor' itu. 

    "Ada temujanji lagi tak selepas ini?" 

    "Ada, sebulan sekali dan kena bayar RM100," jawabnya. 

    Ini sah-sah kes fake braces. Alahai, nak marah pun ada, kasihan pun ada. 

    Selepas diperiksa, teruknya gusi dia yang bengkak berdarah, berbau, gigi pula bergoyang, ada bracket yang tercabut, sisa makanan tak payah ceritalah. 



    Akhirnya doktor ambil keputusan untuk tanggalkan fake braces itu dan bersihkan giginya, selain beri sedikit nasihat. 

    Ini selepas doktor cabut fake braces dan scaling, nampak lebih bersih dari sebelumnya
    Lebih baik tak ada braces dari pakai tetapi mendatangkan mudarat. Kasihan pada mereka yang masih terjerat dengan doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara haram di rumah atau hotel. Sudah banyak kali terjumpa kes-kes seperti ini dan masyarakat kita masih tiada kesedaran akan bahayanya fake braces seperti ini. 

    Nasihat doktor, apa jua rawatan, pergilah berjumpa dengan doktor gigi yang halal, bukannya yang haram kerana yang haram itu jelas berbahaya. 

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.