Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    'Itu video lama sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua' - Izara Aishah


    KUALA LUMPUR - Semalam, viral di media sosial video seorang pelakon wanita yang didakwa sengaja berpakaian menjolok mata sehingga tertayang dadanya kepada umum. 

    Pelakon, Izara Aishah Hisham, 25, hari ini tampil menafikan kononnya video itu dirakam ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini dan sekaligus memberi penjelasan mengenai video tersebut. 

    "Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. 

    "Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then (maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi.

    "Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudahpun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedar akan kesilapan saya dan mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. 


    "Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya, ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum," kata kenyataannya itu yang dimuat naik di laman Instagramnya dua jam yang lalu. 

    Difahamkan, insiden itu dirakam ketika Izara menghadiri sebuah majlis yang bertemakan 'Style Rocks' pada Oktober 2016. Majlis itu juga dihadiri beberapa artis tempatan yang lain. - The Reporter

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.