'Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya' - Jururawat jelaskan apa itu branula & fungsinya


Oleh Mohamad Azrin (Jururawat)

Jom kita bercerita serba sedikit tentang branula, tidaklah terlalu detail. Jika ada idea, bolehlah tambah atau perbetulkan. Hihi. 

Bagi sesiapa yang bekerja di hospital, anda tahu apa itu branula. Branula atau nama lainnya dikenali sebagai Cannula. Tetapi biasanya medical staff  selalu sebut 'Set line/Insert line/insert branula'. Kalau orang awam kebiasaannya sebut 'Cucuk, masukkan jarum'.

Branula seperti yang anda lihat pada gambar. Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya. Yang saiz kecil itu semasa  nak masukkan branula memang tak rasa sakit. Tetapi bila masukkan ubat, akan terasa sakit yang amat sebab tekananya kuat. Yang saiz besar pula, sebaliknya. Masa masuk, terasa sakit. Tetapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit.


Gambar satu dari kiri:


  • Branula Merah: 14 Gauge 
  • Branula Kelabu: 16 Gauge
  • Branula Hijau: 18 Gauge
  • Branula Pink: 20 Gauge
  • Branula Biru: 22 Gauge
  • Branula Kuning: 24 Gauge
Faham tak? Yang faham, faham. Kalau tak faham, baca semula. Hahaha!

Bagi mereka yang pernah di yang pernah dicucuk dengan branula bolehlah beritahu pernah kena branula yang mana. Mengikut pengalaman sendiri, saya pernah masuk wad tahun 2015 dan dimasukkan branula warna merah jambu. Mujur bukan terkena branula saiz hijau, kelabu, apatah lagi warna merah. Selamat. Hehehe! Takut juga kalau dapat warna hijau, kelabu atau merah.


Apakah itu branula? 

Branula atau dikenali sebagai cannula adalah jarum yang biasa pengamal perubatan yang pakar dan berkemahiran akan cucuk jarum tersebut ke dalam urat salur darah bagi memudahkan proses memasukkan ubat kepada pesakit setelah selesai dipasangkan. 

Kalau di hospital, anda akan dapat melihat ramai pesakit yang ada benda ini di tangan mereka. Inilah dia, jarum yang biasa selalu dimasukkan di tangan atau lengan pesakit. 

Kebanyakan apabila pesakit yang akan dimasukkan ke wad, sememangnya akan dipakaikan branula ini untuk kes-kes yang tertentu. Teknik dan posisi yang betul memasukkan jarum branula ialah dicucuk secara 30 darjah. Ini bertujuan mahu mengelakkan kebocoran pada urat vena kita. 


Branula ini sebenarnya adalah tiub plastik. Tetapi orang memang suka panggil 'jarum', sebab masa nak masukkan tiub plastik itu memang menggunakan jarum. Selepas tiub branula telah dimasukkan dan ada backflow of blood. Maka jarum tersebut akan ditarik keluar. 

Kenapa nak kena insert?

Ini bertujuan untuk memudahkan pemberian ubat-ubatan IV antibiotik, cecair IV Drip, transufi darah, pemberian ubat-ubatan cecair dan juga sedutan darah menggunakan picagari untuk prosedur mengambil darah terutamanya bagi bayi dan juga kanak-kanak mengikut keadaan dan kesesuaian. 

Akhir kata (sebab tak nak tulis panjang-panjang), sememangnya pemberian ubat-ubatan melalui intravena adalah lebih cepat dan berkesan kepada diri kita kerana ubat tersebut akan dimasukkan terus ke dalam salur darah. Ia bukan seperti memakan ubat-ubatan dalam bentuk pil yang kebiasaannya mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan keberkesanan ubat itu kepada diri kita. 

Anda sudah mengenali apa itu branula? Jadi, sila beri kerjasama kepada pihak hospital jika tangan anda perlu dimasukkan branula ya. 
'Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya' - Jururawat jelaskan apa itu branula & fungsinya 'Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya' - Jururawat jelaskan apa itu branula & fungsinya Reviewed by Editor on 11:17 AM Rating: 5